Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, April 29, 2010

~~~ Suatu Renungan ~~~

Jika kita selalu merasakan kita tidak layak menerima sesuatu yang baik dan berharga. Apabila perkara baik dan berharga itu datang tetapi kita tidak melakukan apa yang sepatutnya sehingga ia terlepas dari tangan. Erti kata lain, anda telah sabotaj diri sendiri. Namun ini adalah satu topik yang memerlukan kupasan tersendiri.

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

No comments:

Post a Comment