Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 30, 2010

Jumaat Penghulu Segala Hari


Matlamat hidup manusia adalah untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kebahagiaan itu pula akan dijamin datang apabila manusia mahu melaksanakan perintah dan suruhan Allah SWT.

KELEBIHAN & KEBERKATAN HARI JUMAAT


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Pada hari Jumaat telah dijadikan bapa segala manusia iaitu Adam ‘alaihissalam. Pada hari itu juga diberikan satu saat di mana segala doa dan permintaan akan dikabulkan kecuali perkara-perkara yang maksiat.

Sebagaimana Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar disisi Allah SWT iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Aidil Adha dan Hari Raya Aidil Fitri, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan baginda diturunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat dimana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Hari Jumaat juga adalah hari pengampunan daripada Allah SWT kepada umat Islam baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Dalam hal ini Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan orang yang berwudhu di rumahnya kemudian pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat .

Dalam sabda Baginda yang maksudnya :

“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.

(Hadis riwayat Muslim)

No comments:

Post a Comment