Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "

Tuesday, March 16, 2010

Anak Itu Kupu Kupu Syurga


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak - anak anda boleh digelar kanak - kanak atau kupu - kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu adalah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk orang ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak - kanak.

Barangsiapa yang keluar ke pekan muslim dan membeli barang - barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak akan diseksa di akhirat kelak.

Muliakan anak - anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap - tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah - olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya;" Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti ?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibubapamu"
Kata lelaki itu lagi; "Ibubapaku sudah tiada lagi"
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu"

2 comments:

  1. Bila la nk ada anak nie..bestnya dpt bnyk pahala...

    ReplyDelete
  2. Bila pulak nak tambah anak nii..
    bukan kuantiti anak yang dicari..
    tapi anak yang berkualiti..
    Bersama kita berusaha menjadi ibu yang terbaik di hati anak2 kita..Insyaallah..

    ReplyDelete