Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "

Monday, June 7, 2010

:: Bercuti ::

Huhh...lama jugak aku bercuti, khamis, jumaat + sabtu dan ahad jadi 4 hari, seronokkk... hubby pun ambil cuti seminggu, along dia balik dari Sarawak.. hari khamis kami pi Padang Besar shopping... beli baju kat humaira 2 pasang.. ala yg murah - murah saja.. kat hubby sepasang, aku sepasang... murah-murah pun banyak juga la yg habis.. sebelah nak balik singgah sat kat umah sepupu hubby, Abg Puzi. Dia Akan ditukaqkan ke Pulau Pinang, kesian tinggal isteri sorang2 kat cni, tp nak buat gena arahan. Pada sebelah malam lebih kurang pukul 10.00 pm aku pi main bowling, syok....

Hubbyku pandai pulak dia berjanji dengan along esok pi sarapan kat umah, makan moi sup... Aku ingat dia yang nak buat last2 skali aku yang buat, terpaksalah kerah tenaga juga..Masak moi, buat sup ayam, rebus telur masin, goreng ikan masin, goreng sayur pucuk paku dengan telur...sedappppppppp....heheheeeeeeeee...

Pada esok harinya hari Sabtu, pi mandi di Carnivall Sg. Petani bawa adik aku sama. Kami 4 org saja, aku , hubby, Humaira & Eini. Kami bertolak pukul 10.00. am sampai dalam pukul 12.00 gitu.. nak masuk tiket berharga RM 25 seorang bagi dewasa, budak2 bawah 12 tahun 1/2 harga sekali dengan makan.. Masuk - masuk...ambil makanan dulu, nasi goreng + air coke..lepas tue, apa lagi syoknya berendam, Humaira bukan main seronok lagi, sampai makan pun tak mau, tak sedaq dah dekat 3 jam lebih mandi, maunya tak kecut kulit. Kami bertolak balik dalam pukul 4.00 lebih..Sebelah malamnya pulak, makan malam kat umah sepupu hubby, dik linda dik yus, balik umah, sambung pulak.. ibu mertuaku dan along mai tengok dvd cerita hindustan, kat umah tok melah takdak... hari tue memang fulll.................fuhhhhhh letih.. Tambahan pulak dengan Humaira, lepas along balik dalam pukul 12.00 malam, Humaira pulak nak pasang cd Upin & Ipin ...ya Allah sampai pukul 2.00 pagi dia nak tengok sampai habis... lagilah letih.. nak biar dia tengok sorang2 dia takut, sampai pejam mata pun tak boleh, asyik gerak saja IBU, IBU..jangan tiduq...

Hari Ahad aku ingat nak berehatlah kat umah, hari tue aku masak makanan tengahari, awal makan tepat pukul 12.00 tengahari, aku masak yang simple saja, goreng udang galah 4 ekor, masak sardin, telur dadar, ikan masak kicap, sambal belacan, ulam umbut tepus rebus... berselera sungguh makan tengahari tue.. Bertambah la juga... lepas makan hubbyku tiba2 " siap nak pi jitra tengok wayang".. Lebih kurang pukul 2.30 lebih pi jitra, beli tiket wayang cerita "Prince of Persia " best juga cerita tue, yang syoknya aku suka tengok muka hero di, takla hemsem sangat tapi cool saja... termimpi2 dibuatnya.... Kami balik dalam pukul 8.00 lebih...Itulah aktiviti sepanjang percutianku...fulll...

No comments:

Post a Comment