Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "

Wednesday, February 10, 2010

Epi Anniversary


Ya Allah, pejam celik pejam celik....dah genap lima tahun aku mendirikan rumahtangga...Epi Anniversary Abang....smoga bahtera yang kita bina ini akan terus belayar buat selama - lamanya.....Insya-Allah...

Abang...masihku ingat pada tanggal 10.02.2005 yang lalu., aku telah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz....tak terungkap dengan kata-kata perasaanku sewaktu itu...hanya Allah yang lebih mengetahui...terlalu GEMBIRA dan bercampur sedih...gembira kerana telah menjadi isteri kepada lelaki yang amat kucintai....Hazlisajunaidi Mohd Isa....setelah hampir 4 tahun perkenalan aku dengannya barulah kami sah diijabkabulkan....Alhamdulillah...

Setelah hampir 1 tahun lebih kami melayari bahtera, kami telah dikurniakan seorang puteri...yang amat kunanti- nantikan selama ini....kuberikan nama NURHUMAIRA ATIQAH Dilahirkan pada 08.11.2006 pada hari Rabu pada pukul 6.51 petang di Hospital Besar Kangar, hanya seberat 700 gram...usia kandunganku pada waktu itu baru memasuki usia 7 bulan....tapi puteriku mahu melihat dunia lebih awal.....dia ditempatkan di NICU selama lebih kurang 3 bulan....alhamdulillah kini usianya dah mencecah 4 tahun dan beratnya sudah 14 kg.....

puteriku - Humaira

" Ya Allah...Aku bersyukur atas rahmat yang telah Kau berikan padaku dan keluargaku ini,Kau peliharalah rumahtanggaku ini dari sebarang musibah atau kecelakaan, Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada kami smoga masjid yang kami bina atas hubungan yang halal ini sentiasa dalam keredhaan-Mu dan ya Allah Kau dekatkan hati kami dgn-Mu..smoga kami tergolong dalam hamba yang sentiasa mendekati-Mu dan sentiasa mentaati-Mu"
AMIN YA RABBALLA'LAMIN

4 comments:

  1. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat..

    ReplyDelete
  2. hmmm...sat ja no masa berlalu.sedaq2 dah pun 5 tahun.tp anak baru sorang.tahun depan leh da kot tambah g sorang...tgk cam kite, baru nak masuk 4 tahun tp..lagi advance rasenye.baby dah nak masuk 2.huhuuu.syukran2...rezki tu..aminnn.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, smg rumahtangga kalian semua akan kekal hingga ke syurga..ku doakan smg kalian dimurahkan rezeki & dikurniakan zuriat soleh solehah...Amin...

    p/s:rasa jelous bila tgk org lain dah ada anak..huhu....

    ReplyDelete