Subhanallah...Maha suci Allah..cepatnya masa berlalu...esok Insya-Allah Ramadhan datang lagi...jadi..esok bermula posa bagi umat Islam seluruh dunia... bulan beribadah...
Amalan-amalan di bulan Ramadhan
- Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
- Menempah pakaian untuk Ramadhan.
- Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
- Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
- Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
- Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
- Solat berjemaah setiap waktu.
- Solat jemaah di masjid/surau.
- Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
- Sahur diwaktu akhir.
- Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
- Mandi Janabat sebelum Imsak.
- Kurangkan tidur.
- Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
- Tunaikan Solat Dhuha.
- Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
- Tunaikan solat Rawatib.
- Jaga pacaindera.
- Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
- Hadiri majlis ilmu.
- Buat baik pada ibubapa.
- Isteri hendaklah taat pada suami.
- Banyakkan bersedekah.
- Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
- Berbuka bersama orang tua.
- Jemput tetamu berbuka.
- Kurangkan berat badan.
- Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
- Baiki hubungan suami isteri.
- Baiki hubungan jiran.
- Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
- Elakkan berbelanja berlebihan.
- Kuatkan kesabaran.
- Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
- Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
- Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
- Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
- Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
- Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
- Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
- Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
- Melazimkan solat waktu.
- Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
- Elakkan banyak berhutang.
- Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
- Tunaikan zakat fitrah.
No comments:
Post a Comment