Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 20, 2010

KemalasaN...

Ya Allah, malasnya hr nie... malas nak buat keja mcm tak nak masuk aja petang nie...tapi keja berlambak atas meja... nak kena di bereskan..
Dalam duk malas2 nie...terfikir juga nak masak apa petang nie... teringat klu buat masak manis mentarang dgn buah gajus sodappp...nie.... senang ja nak buat....ini resepinya...


Sayur Manis Mentarang Gajus Mahligai Cinta

Bahan - bahan :
Siput mentarang - sekilo - dikopek
Buah gajus - dipotong
Bawang merah dan bawang besar
Belacan
Serai - ditumbuk
Air
Garam & Gula secukup rasa

Cara Memasak :
1. Masak air setengah periuk, letak sekali bawang merah, belacan dan serai sampai mendidih.
2. Selepas itu masukkan siput mentarang yang siap dikopek, garam dan gula.
3. Kemudian, masukkan buah gajus, sampai mendidih.
4. Siap untuk dihidang.


Mudahkan resepi di atas...sedap nie manis... selamat mencuba...

Wednesday, August 11, 2010

.: Kelebihan Bulan Ramadhan :.

1. Kamu akan dinaungi Ramadhan ( bagi yang telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur )
2. Bulan penuh keberkatan
3. Di malamnya ada lebih baik daripada 1000 bulan
4. Amalan solat sunat menyamai dengan solat fardhu
5. Manakala solat fardhu mendapat 70 kali ganda pahala
6. Bulan sabar & pahalanya adalah syurga
7. Bulan menambah rezeki
8. Memberi berbuka banyak pahala
9. Bulan keampunan : -
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa
- juga doa pada sepertiga malam
- 10 hari pertama adalah mulanya rahmat
- 10 hari pertengahan - pengampunan
- 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka

Tuesday, August 10, 2010

RAMADHAN AL-MUBARAK DATANG LAGI....


Subhanallah...Maha suci Allah..cepatnya masa berlalu...esok Insya-Allah Ramadhan datang lagi...jadi..esok bermula posa bagi umat Islam seluruh dunia... bulan beribadah...


Amalan-amalan di bulan Ramadhan

  • Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
  • Menempah pakaian untuk Ramadhan.
  • Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
  • Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
  • Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
  • Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
  • Solat berjemaah setiap waktu.
  • Solat jemaah di masjid/surau.
  • Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
  • Sahur diwaktu akhir.
  • Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
  • Mandi Janabat sebelum Imsak.
  • Kurangkan tidur.
  • Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
  • Tunaikan Solat Dhuha.
  • Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
  • Tunaikan solat Rawatib.
  • Jaga pacaindera.
  • Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
  • Hadiri majlis ilmu.
  • Buat baik pada ibubapa.
  • Isteri hendaklah taat pada suami.
  • Banyakkan bersedekah.
  • Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
  • Berbuka bersama orang tua.
  • Jemput tetamu berbuka.
  • Kurangkan berat badan.
  • Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
  • Baiki hubungan suami isteri.
  • Baiki hubungan jiran.
  • Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
  • Elakkan berbelanja berlebihan.
  • Kuatkan kesabaran.
  • Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
  • Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
  • Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
  • Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
  • Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
  • Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
  • Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
  • Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
  • Melazimkan solat waktu.
  • Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
  • Elakkan banyak berhutang.
  • Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
  • Tunaikan zakat fitrah.