Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

.: Tips Muslimah Cemerlang Dunia & Akhirat :.




~~SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH~~
  • Menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya kerana ia adalah tiang agama. Tidak sempurna iman seseorang tanpa sempurna solatnya.

  • Berusaha melakukan solat dengan penuh khusyuk. salah satu caranya dengan memahami ayat al - Quran yang kita baca.

  • Sentiasa meyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak - geri kita.

  • Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.

  • Banyak membaca al - Quran dan berzikir untuk mencari ketenangan yang berpanjangan.

  • Jangan menyekutu-Nya dengan sesuatu apa pun.

~~SEBAGAI SEORANG ISTERI~~

  • Ikhlas dengan segala tanggungjawab sebagai isteri

  • Sentiasa mempamerkan wajah yang ceria di hadapan suami walaupun berdepan dengan masalah.

  • Menjadi seorang isteri yang sabar berhadapan dengan kerenah suami.
  • Sentiasa lembut dalam tutur kata dan tidak meninggikan suara

  • Jujur dengan suami mengenai apa jua perkara agar suami menerima anda seadanya.

  • Seorang isteri harus menjaga penampilan diri kerana imej suami bergantung kepada isterinya.

  • Membantunya untuk taat kepada perintah Allah agar lahir sebuah keluarga sakinah.

  • Mendidik anak - anak dengan baik sehingga menjadi anak - anak yang soleh agar mengurangkan beban suami.
  • Tidak merendahkan suami di depan orang lain atau ketika bersendirian.
  • Memanggil suami dengan panggilan yang mesra dan manja.
  • Menjaga hubungan intim . Suami isteri digalakkan mandi bersama.

No comments:

Post a Comment