Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, June 29, 2010

...@@@Abangku Tak Sihat....@@@


Ya Allah..., bukan kumahu mengeluh...tapi mungkin ini semua ujian daripadaMu.... tapi aku hanya insan biasa tidak setabah Siti Khadijah yang mempunyai hati yang cekal... Abang kandungku hampir lima tahun seusia perkahwinanku tidak sakit, kini sakitnya datang lagi... kesian...dah dia OKU sakit pulak... ya Allah hanya padaMu tempatku meminta pertolongan... Sembuhkanlah penyakitnya Ya Allah, berkatilah hidupnya, kau lanjutkanlah usianya...

DOA ULAMA MUKTABAR


~~~DOA MENYEMBUHKAN SEGALA PENYAKIT~~~

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Ya Allah, sesungguhnya aku menghadap ke hadratMu bahawa sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang mengubat dari semua yang mengubati dan Tuhan yang memiliki segala kebaikan (kesembuhan) agar apalah jua kiranya menganugerahkan kepadaku kebolehan untuk mengubat manusia dengan ubat Mu dan menyembuhkan manusia dengan kesembuhan anugerahMu. Oleh itu, Engkau turunkan kepadaku ubat dari ubat - ubat Mu dan kesembuhan Mu ke atas penyakit yang aku hadapi yang diketahui atau tidak diketahui puncanya dan kesembuhan kepada penyakit - penyakit batin yang diketahui atau tidak diketahui puncanya agar semuanya sembuh dengan rahmat Tuhan yang Maha Pengasih daripada semua yang mengasihani. AMIN..


.: Tips Muslimah Cemerlang Dunia & Akhirat :.




~~SEBAGAI SEORANG HAMBA ALLAH~~
  • Menunaikan solat lima waktu tepat pada waktunya kerana ia adalah tiang agama. Tidak sempurna iman seseorang tanpa sempurna solatnya.

  • Berusaha melakukan solat dengan penuh khusyuk. salah satu caranya dengan memahami ayat al - Quran yang kita baca.

  • Sentiasa meyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak - geri kita.

  • Memperbanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin.

  • Banyak membaca al - Quran dan berzikir untuk mencari ketenangan yang berpanjangan.

  • Jangan menyekutu-Nya dengan sesuatu apa pun.

~~SEBAGAI SEORANG ISTERI~~

  • Ikhlas dengan segala tanggungjawab sebagai isteri

  • Sentiasa mempamerkan wajah yang ceria di hadapan suami walaupun berdepan dengan masalah.

  • Menjadi seorang isteri yang sabar berhadapan dengan kerenah suami.
  • Sentiasa lembut dalam tutur kata dan tidak meninggikan suara

  • Jujur dengan suami mengenai apa jua perkara agar suami menerima anda seadanya.

  • Seorang isteri harus menjaga penampilan diri kerana imej suami bergantung kepada isterinya.

  • Membantunya untuk taat kepada perintah Allah agar lahir sebuah keluarga sakinah.

  • Mendidik anak - anak dengan baik sehingga menjadi anak - anak yang soleh agar mengurangkan beban suami.
  • Tidak merendahkan suami di depan orang lain atau ketika bersendirian.
  • Memanggil suami dengan panggilan yang mesra dan manja.
  • Menjaga hubungan intim . Suami isteri digalakkan mandi bersama.

Friday, June 25, 2010

~~~BeRJiMaT~~~

Sekarang nie kena berjimat, dah duduk sendiri nie kenala pandai berdikari... memang semua tanggungan suami yang buat tapi kita sebagai isteri cuba untuk membantu serba sedikit supaya beban dapat diringankan... kan bak kata pepatah "ringan sama dijinjing berat sama dipikul " ..

Rumahtangga nie bukan saja untuk berkongsi kasih sayang, malah berkongsi segala - galanya sedih atau gembira, perlu juga ada sikap tolak ansur antara satu sama lain... kita nie orang perempuan bekerja bukan untuk apa untuk membantu serba sedikit untuk keluarga dan suami tercinta, tak nakla kerana kesempitan wang rumah tangga bergoncang, menjadi retak... na'zubillah... kalau boleh biarlah sampai ke akhir hayat...=)

Oklah kita pergi ke bab berjimat nie...bkn apa kot ada benda kecemasan, boleh juga diguna wang yang disimpan tadi... bkn untuk apa untuk kita sekeluarga juga...bulan nie takdak banyak sangat barang yang nak dibeli cuma barang Humaira saja kot, adala serba sikit kelengkapan mandi & basuh tue... bolehla disimpan banyak sikit....."sikit - sikit lama - lama jadi bukit.=)" Memangla klu nak diikutkan semua benda nak dibeli tapi kena ikut yang penting dulu, jangan ikut nafsu, sampai tengah bulan... duit dah habis... jenuhla pulak..nak kena perrrkim....huhuhuuuuuu...

Wednesday, June 16, 2010

~~~ aLaM pErKaHWiNaN ~~~


Membina rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.

Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.

Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.

Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.

Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.

Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.

Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan. Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat,’’ Namun begitu, bukan mudah untuk membina kepercayaan antara pasangan dalam sebuah hubungan.

Justeru tidak hairanlah ada pasangan yang masih belum saling percaya di antara satu sama lain dan perasaan sangsi sentiasa merajai hati, apatah lagi bagi yang masih dalam proses berkenalan.




Oleh Zuhayati Yazid

Wednesday, June 9, 2010

.: KiAMaT:.


Sabda Rasulullah:

"Kiamat itu ada dua... Kiamat Sugra (Kecil) dan Kiamat Qubra (Besar)... Kiamat Sugra ialah Kiamat dimuka bumi sahaja diakhir zaman... Akan masih ada segolongan kecil yang hidup untuk pembiakan umat baru yang akan bertemu Nabi Isa A.S... Manakala Kiamat Qubra ialah Kiamat yang seluruh alam semesta dan galaksi hancur... Tiada lagi manusia yang hidup, dan tiada lagi bumi..."

"Umatku ada dimuka bumi ini selama 1,500 tahun lamanya... Sebelum terjadinya Kiamat Qubra, akan tiba Kiamat Sugra... Sebelum datangnya Kiamat Sugra, akan ada tanda-tandanya... Begitu juga sebelum tibanya Kiamat Qubra..."

Ayat al-Quran:
"Tidakkah kamu (manusia) melihat bagaimana Allah menghapuskan kaum terdahulu sebelum kamu, sedangkan mereka (kaum terdahulu) dari tamadun yang hebat, membina bangunan dari tembok-tembok kukuh..."

"Apabila manusia terlalu banyak melakukan kerosakan dimuka bumi ini, Allah akan perintahkan bumi bergoncang, gunung memuntahkan isinya, langit menurunkan hujan, sehingga mereka (manusia) menjadi hancur-sehancurnya... Dan Allah akan menggantikan mereka dengan umat yang baru..."

Ust.Harun Din dlm ceramah dia, ada membaca sebuah artikel yg menceritakan bahawa dunia ni dah nak kiamat ... Planet Marikh (planet ke-4 dan paling dekat dengan bumi) telah mengalami pusingan yang terbalik pada bulan Sept 2008 lepas.. Maknanya, planet yg dekat dgnnya jugak (bumi la) akan bertukar arah pergerakan dia.. Maka pada saat tu akan terjadi kejadian matahari tenggelam sebelah timur...

Penjelasan Saintifik Bagaimana Ia Berlaku:
Untuk pengetahuan semua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet X (oleh NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun.. Planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet Jupiter (Musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub-kutub ke kedudukan terbalik (polar shifting) yang dijangkakan oleh NASA.

Pada bulan Mei 2009 lalu Planet X berwarna merah jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi selama sebulan antara jam 1am - 3am...

Peristiwa ini seperti yang pernah berlaku semasa banjir besar zaman Nabi Nuh AS dahulu.. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi... Ia hanya akan lalu diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari..
(Tanda tibanya kiamat kecil objek merah di langit kelihatan)...

Amerika Syarikat dan negara barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di banjaran-banjaran gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi ini akan lenyap...

Di norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dengan ciri-ciri keselamatan dan dari ancaman bencana..
(Rujuk paper bulan Februari 2008, kosmo, Berita Harian dan lain-lain)

Benarlah sabda RASULULLAH
Satu hari nanti bumi akan hancur dan ditenggelami air selama 40 hari, dan satu zaman baru muncul dipanggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dengan pedang cara kuno...

Jadi bersedialah kita umat Islam...ALLAHHU AKBAR..!!

Kajian... (ALLAH Maha Mengetahui dan mahu kita berfikir..)

a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun... Sekarang sudah 1440 = 426 + 12 tahun hijrah.... Daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi..
Jikalau ini benar, Alam akan kiamat (Besar) pada tahun 2066...

b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.
Namun, Amerika telah cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket...

Dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang jauh lebih besar dari Bumi juga akan menghentam bumi dalam masa 60 tahun lagi...
Jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065.....

c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007... Mereka merancang memusnahkan Kaabah pada tahun 2011...
(Meruntuhkan Kaabah mengundang kemurkaan Allah, mungkinlah juga Kiamat Kecil 2012 itu disebabkan kemurkaan Allah)
Dan kuasa Israel akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... .
Dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat selepas itu..

Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada tahun 2062...
Dianggarkan Kiamat Qubra (Besar) Antara Tahun 2062-2066...
Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji...

Dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun...
Kita telah berada di bumi ini selama 1440 tahun...

Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian...
Kiamat pasti tiba. hanya orang yang leka dengan dunia sahaja yang akan rugi. Berhibur tidak salah tapi jangan lupa apa yang disuruh oleh Allah.
Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang mungkar.
Marilah sama-sama mendoakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..

Monday, June 7, 2010

:: Bercuti ::

Huhh...lama jugak aku bercuti, khamis, jumaat + sabtu dan ahad jadi 4 hari, seronokkk... hubby pun ambil cuti seminggu, along dia balik dari Sarawak.. hari khamis kami pi Padang Besar shopping... beli baju kat humaira 2 pasang.. ala yg murah - murah saja.. kat hubby sepasang, aku sepasang... murah-murah pun banyak juga la yg habis.. sebelah nak balik singgah sat kat umah sepupu hubby, Abg Puzi. Dia Akan ditukaqkan ke Pulau Pinang, kesian tinggal isteri sorang2 kat cni, tp nak buat gena arahan. Pada sebelah malam lebih kurang pukul 10.00 pm aku pi main bowling, syok....

Hubbyku pandai pulak dia berjanji dengan along esok pi sarapan kat umah, makan moi sup... Aku ingat dia yang nak buat last2 skali aku yang buat, terpaksalah kerah tenaga juga..Masak moi, buat sup ayam, rebus telur masin, goreng ikan masin, goreng sayur pucuk paku dengan telur...sedappppppppp....heheheeeeeeeee...

Pada esok harinya hari Sabtu, pi mandi di Carnivall Sg. Petani bawa adik aku sama. Kami 4 org saja, aku , hubby, Humaira & Eini. Kami bertolak pukul 10.00. am sampai dalam pukul 12.00 gitu.. nak masuk tiket berharga RM 25 seorang bagi dewasa, budak2 bawah 12 tahun 1/2 harga sekali dengan makan.. Masuk - masuk...ambil makanan dulu, nasi goreng + air coke..lepas tue, apa lagi syoknya berendam, Humaira bukan main seronok lagi, sampai makan pun tak mau, tak sedaq dah dekat 3 jam lebih mandi, maunya tak kecut kulit. Kami bertolak balik dalam pukul 4.00 lebih..Sebelah malamnya pulak, makan malam kat umah sepupu hubby, dik linda dik yus, balik umah, sambung pulak.. ibu mertuaku dan along mai tengok dvd cerita hindustan, kat umah tok melah takdak... hari tue memang fulll.................fuhhhhhh letih.. Tambahan pulak dengan Humaira, lepas along balik dalam pukul 12.00 malam, Humaira pulak nak pasang cd Upin & Ipin ...ya Allah sampai pukul 2.00 pagi dia nak tengok sampai habis... lagilah letih.. nak biar dia tengok sorang2 dia takut, sampai pejam mata pun tak boleh, asyik gerak saja IBU, IBU..jangan tiduq...

Hari Ahad aku ingat nak berehatlah kat umah, hari tue aku masak makanan tengahari, awal makan tepat pukul 12.00 tengahari, aku masak yang simple saja, goreng udang galah 4 ekor, masak sardin, telur dadar, ikan masak kicap, sambal belacan, ulam umbut tepus rebus... berselera sungguh makan tengahari tue.. Bertambah la juga... lepas makan hubbyku tiba2 " siap nak pi jitra tengok wayang".. Lebih kurang pukul 2.30 lebih pi jitra, beli tiket wayang cerita "Prince of Persia " best juga cerita tue, yang syoknya aku suka tengok muka hero di, takla hemsem sangat tapi cool saja... termimpi2 dibuatnya.... Kami balik dalam pukul 8.00 lebih...Itulah aktiviti sepanjang percutianku...fulll...