Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Friday, April 30, 2010

Jumaat Penghulu Segala Hari


Matlamat hidup manusia adalah untuk mencari kebahagiaan di dunia dan akhirat. Kebahagiaan itu pula akan dijamin datang apabila manusia mahu melaksanakan perintah dan suruhan Allah SWT.

KELEBIHAN & KEBERKATAN HARI JUMAAT


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Pada hari Jumaat telah dijadikan bapa segala manusia iaitu Adam ‘alaihissalam. Pada hari itu juga diberikan satu saat di mana segala doa dan permintaan akan dikabulkan kecuali perkara-perkara yang maksiat.

Sebagaimana Rasulullah bersabda yang maksudnya :

“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar disisi Allah SWT iaitu hari yang lebih besar daripada Hari Raya Aidil Adha dan Hari Raya Aidil Fitri, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan baginda diturunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat dimana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.

(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Hari Jumaat juga adalah hari pengampunan daripada Allah SWT kepada umat Islam baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Dalam hal ini Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan orang yang berwudhu di rumahnya kemudian pergi ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat .

Dalam sabda Baginda yang maksudnya :

“Sesiapa yang berwudhu dan menyempurnakan wudhunya, kemudian dia (pergi ke masjid) untuk menunaikan Jumaat, lalu mendengar dan tidak bercakap (ketika khutbah dibacakan), maka diampuni dosa-dosanya yang ada di antara hari Jumaat itu dan hari Jumaat berikutnya dan ditambah tiga hari lagi. Dan sesiapa yang bermain-main dengan anak-anak batu (ketika khutbah) telah berbuat sia-sia”.

(Hadis riwayat Muslim)

Thursday, April 29, 2010

KATA - KATA INDAH


Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.
Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kita akan menemui cinta yang jauh lebih indah.

~~~ Suatu Renungan ~~~

Jika kita selalu merasakan kita tidak layak menerima sesuatu yang baik dan berharga. Apabila perkara baik dan berharga itu datang tetapi kita tidak melakukan apa yang sepatutnya sehingga ia terlepas dari tangan. Erti kata lain, anda telah sabotaj diri sendiri. Namun ini adalah satu topik yang memerlukan kupasan tersendiri.

Hidup ini bukanlah seperti habuk yang berterbangan oleh angin. Hidup kita bukan tiada maknanya. Setiap kita mempunyai misi yang besar di dunia ini. Setiap kita! Bukan cuma segolongan manusia, atau sekumpulan orang. Selagi kita bernafas, selagi kita tidak ditalkinkan atau dikuburkan hidup kita mempunyai misi.

Ramai orang melalui hidup ini tanpa mengerti betapa pentingnya mereka kepada umat sejagat. Lalu apabila sesuatu musibah menimpa, mereka mengambil jalan untuk memusnahkan diri kerana tidak sanggup menanggung hebatnya dugaan.

Ingatlah tidak ada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan demi tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kasih dan sayang sesama manusia.

Kita mempunyai hak dan kemampuan untuk mengemudikan sendiri hidup kita. Jika mahu berjaya dan bergembira kita mestilah mengikut corak, pemikiran, sikap, perangai dan pegangan orang yang berjaya.

Wednesday, April 28, 2010

~~~SyukraN Ya Allah~~~





ALHAMDULILLAH.....siap juga akhirnya kejaku....

Fuhhhhhhhhhhhhh.........lega rasernyer....Start pkl 9.00 pg td taip smua surat2 smpai lbh krg pkl 4.00 petang...berjaya juga akhirnya...klu tidak memmang boleh siap lebih awal lagi tp printer buat hal pulak, jenuh aku & kak Aya nk keluaqkan kertas yg tersgkut...akhirnya kertas dapat dikeluaqkan.. Tue yg x dapat nak update bloggggg nie... keja bertimbun, kalut juga dibuatnya...

Tuesday, April 27, 2010

Monopous Sblm Waktunya...heheheeeeeee....

Subhanallah....,manusia nie macam2 klu difikir2 fening dibuatnya. Seperti biasalah orang tue..." DIA " ...minggu nie mai keja dah tak bergaya spt minggu yang lepas al maklumlah tuan aji tak dak pi mesyuarat kt KL. Buat apa nak dressing, tak leh nak tunjuk kat sapa ...

Start kelmarin, dia pakai baju kurung yg slalu dok pakailah...dah takdak baju lain agaknya, senang bj tue tok sah duk iron.Hari nie Ya Allah, aku ingat makcik mana????? Inikah contoh pegawai kerajaan berpakaian ke pejabat??? Umur baru masuk 30an..Pakai blaus dengan skirt itam, dahla besar , serabai mengelebeh tah apa2 mcm mak2 kita pakai pi tolong potong bawang kat tempat kenduri. Mcm takdak bj lain dah, pakai sebat saja yang mana yang ada. Klu keja kt ladang ka kat tempat asuhan ka takpala..nie keja kat ofis, ada air cond pulak tue... Nak kata takdak duit perasan DIA byk lagi dari aku.. Dahla hang tue duk kat kaunter, pakaila yg elok2, kita nie nak jumpa dengan pelanggan. Nanti pelanggan mai, apa pulak kata depa, ' nie ka pejabat kakitangan awam, pakai bj mcm bini aku duk pesah kat umah aja'.

Mana attitude kita sebagai seorang pegawai kakitangan awam. Bkn perlu make-up yg tebal2, at least berpakaian kemas sedap mata memandang sesuai dgn suasana pejabat jadila... Penampilan itu mencerminkan sikap kita, klu dah berpakaian pun serabai, perangai taktaulah... gena... Renung...renungkan.. Tepuk dada tanya selera...


Pakai blaus dgn kain hitam,
Terbuka tengah mcm kain superwoman,
Tengok skali mcm Tok Su Tam,
Tengok dua kali oo..anak cik nan...



..........sowy..hehehheeeeee..

Monday, April 26, 2010

Tentang Waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.

Friday, April 23, 2010

Akur Takdir Baik & Buruk


Kehidupan yang dilalui penuh dengan liku. Ada yang menyenangkan hati dan ada yang mendukacita... Namun itu semua sudah ditakdirkan sebagaimana yang tertulis di Lohmahfuz. Allah Maha Mengetahui segala - galanya. Sebagai manusia kita harus beriman dengan Qada dan Qadar kerana tidak akan sempurna iman kita jika kita tidak menyakini.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :

"Hendaklah kamu banyak melakukan perkara yang mendatangkan manfaat kepada diri kamu, mintalah pertolongan dengan Allah dan jangan mudah berasa lemah . Sekiranya bala menimpa bala menimpa kamu, maka janganlah kamu berkata :

"Kalaulah aku lakukan begini, tentu tidak akan jadi begini"tetapi katakanlah : "Allah telah menentukannya dan setiap yang dikehendakiNya akan berlaku."Disebabkan menggunakan perkataan 'kalau' (dengan menolak takdir Allah pada apa yang telah berlaku) akan membuka peluang kepada syaitan (membisikkan kejahatan di dalam hatinya) -

Hadis Riwayat Muslim

Usah sesekali meratap menyesal atas apa yang telah berlaku.
Apatah lagi kita tahu semua itu ditentukan-Nya.
Reda dan berserah diri kerana kesabaran itu bakal mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah.

Thursday, April 22, 2010

RumahKu SyurgaKu...

~~~Teratak Mahligai Kekasih~~~

Kediamanku

Syukur ke hadrat Mu Ya Allah...atas limpah rahmat...berkat dari usahaku & hubby serta doa akhirnya dapat juga aku hidup berdikari...ALHAMDULILLAH....Dah hampir masuk bln kelima aku mendiami rumahku sendiri..sebelum nie aku tinggal bersama ibuku.. Alhamdulillah lepas bacaan yaasin & doa selamat malam Jumaat 31.12.2009...akhirnya bermula 01.01.2010 aku mula menetap di teratakku yang tak seberapa "TERATAK MAHLIGAI KEKASIH"...

Teratakku takla seberapa luas ..tapi alhamdulillah..bolehla... Berkeluasan 800 x 800 kakipersegi, mempunyai 3 bilik tidur, dua bilik air, satu toilet dkt dgn dapur, satu lagi dalm master bedroom..dapur agak kecil..tp bolela...bknnya aku nk masak sangat, blk keja pun dah malam...mungkin pada hari cuti kot Sabtu & Ahad..

Ruangtamu sampai ke ruang dapur basahku (sinki) ku warnakan dinding dengan warna hijau muda...agak ceria... Manakala ruang bilik pertama (master bedroom) & bilik kedua kuwarnakan dengan warna coklat gelap & coklat muda...sejuk mata memandang....dan ruang bilik ketiga kuwarnakan dengan warna pink lipstik...nampak begitu ceria...

Ruang menonton

Ruangtamu

Dapur basah (sinki)

Ruang dapur


Hari2 mcm biasa pkl 5.30 pagi ku bangun, seterika baju, mandi, solat... pkl 7.00 pagi bertolak.. pergi hantar puteriku dulu ke rumah ibuku, barulah hubbyku htr aku mai keja, pkl 5.00 pm blk keja...gi ambil puteriku, blk rumah dalm pkl 6.30 pm...itulah rutin harianku....
Tapi walaupun mlm saja dapat berada di rumah sendiri...tetapi kepuasannya tetap ada... RUMAHKU SYURGAKU katakan...heheheheeeee...:))


" Ya Allah turunkanlah rahmat dan keberkatan bagi kami Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani dan keatas tempat ini Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."


" Kami meminta kebaikan rumah ini, dan kebaikan yang ada di dalamnya, dan kami berlindung dari keburukan rumah ini dan keburukan yang ada di dalamnya."

Wednesday, April 21, 2010

Munajat Pencari


Mendung berlalu pergi
Suria sinari alam ini
Meniti hari - hari
Ku lemas dalam keresahan

Titisan embun pagi
Hilang ditelan hari
Bunga dlm jambangan
Namun tidak kelihatan dimata

Oh Tuhan
Kau tunjukkanlah padaku jalannya
Duri onak akan aku harungi
Dengan kerelaan dihati

Berikanku kekuatan
Untuk kurempuh ranjau itu
Agar dapatku menghayati
Terus sujud disisiMu

Restuilah langkah ini
PadaMu relaku serahkan
Jiwa ragaku ke sisiMu
Hanya padaMu
Oh Tuhan

Monday, April 19, 2010

Tak Masuk Pulak....

Hai..aku ingat nak insafla hr nie tk mau nk mengutuk orang...tapi..Ya Allah...kena jugak..jugak...ceihhhhhhhhhh.................hr nie bkn mai lawa lagi pakai bj pi court itam putihhh...siap tangan kembong...kain senyum....bj itam berkain putihh...habihhhh segakla tue..... org pakai pi court hr selasa dgn khamis..DIA pakai tk kira hari.....

Pagi td mcm besala...mai keja ...ltak2 beg ...terus pi kt kawan baik...ajk pi sarapan....mkn kat bawah..DIA tak kira org yg dah mai lama nie..dah makan ka belum...janji perut aku kenyang...Dahla pi mkn kt bawah lama gila...dr pkl 8.15 am smpai 9.00 lebih...dahla jaga kaunter...tp Ya Allah...tak hingat....bkn apa DIA duk pikiq org blh cover keja DIA.... jaga kaunter ka tak jaga kaunter ka..perangai mcm tue aja... asyik keluaq masuk aja... tp tak pa kc tk kata apa... JANJI MAI KEJA...

Pkl...12.30 dah keluaq dah...pi ambil anak kononnya....tuela...klu slalu duk mohong... klu pi ambil betul pun org tak caya....Jam dah dekat pkl 3.00 ptg...tak msk2 lagi... dengaq2 DIA tepon ofis..habaq kata DIA tak masuk ...anak demam... tp klu kita..anak demam pun tk caya..depa ingat anak kita nie demam buat main2 kot...anak DIA demam sungguh.... tengok ada org kata apa...pegawai yg jawab tepon tue pun tk brani kata apa...kok blakang brani la kata hak nue hak nie...depan..macm pijak semut pun tak mati.... hipokrit...hipokrit... Kita nie.. klu org tak kacau kita takpa tapi DIA nie bagi byk masalah kat org, dahla kena cover keja DIA... kadang2 tue mulut mcm apatah...klu org buat salah...jangan..teguq org depan2...DIA tak pala..dah conform lama dah...kita nie br conform... byk cantik muka DIA.....makan gaji sama ja....

Ketenangan Jiwa


Orang yang bahagia itu akan selalu:

menyediakan waktu untuk membaca,
kerana membaca itu sumber hikmah....

menyediakan waktu tertawa,
kerana tertawa itu muziknya jiwa....

menyediakan waktu untuk berfikir
kerana berfikir itu pokok kemajuan...

menyediakan waktu untuk beramal
kerana amal itu pangkal kejayaan....

menyediakan waktu untuk bersenda
kerana bersenda itu akan membuat muda selalu...

menyediakan waktu beribadat
kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa....

Friday, April 16, 2010

Cucur Udang....

Ish.....ish...raser2nyer..mcm lapaq cucur udanglah..sodapppnyer..... petang esok boleh buat kot.... Nie aku ada cedok resepi dari majalah wanita :






cucur udang kucupan cinta
Bahan A
200 gm tepung gandum
50 gm tepung beras
1/4 sudu teh serbuk kunyit
Air
Garam
Gula

Bahan B
Udang sederhana
Daun Kucai
Tauge


Bahan Untuk Kuah
1 cawan kacang tanah - ditumbuk & digoreng
3 sudu cili boh
4 sudu sos tomato
1/2 kg bawang besar - dihiris
Garam
Gula


Cara Membuat
1. Bancuh kesemua bahan A dengan air secukupnya
2. Panaskan kuali dengan senduk yang digunakan untuk membentuk cucur
3. Letakkan sedikit bancuhan tepung di atas senduk
4. Kemudian, letakkan seekor udang, daun kucai dan tauge
5. Masukkan bancuhan bersama senduk ke dalam minyak yang panas. Bancuhan akan keluar dengan sendirinya dari senduk tersebut
6. Goreng sehingga garing



Cara Membuat Kuah
1. Tumiskan bawang dan masukkan cili boh
2. Biarkan sehingga naik bau
3. Kemudian masukkan kacang tanah, sos tomato dan perasakan dengan garam serta gula
4. Masak sehingga kuah menjadi agak pekat

p/s : nama tue aku yg pandai2 sendiri reka....

BUAT APA PUN TAKPA........


Dah lama aku pendam nie.... Ya Allah apa nak jadi dgn ofis nie..... Klu DIA la apa pun takpa, mai lewat ka apa ka janji ada alasan..., alasan tue pulak tak munasabah...tak logik.....tp takpa... kc tak kata apa senyum sokmo...aku rasa klu DIA ltk taik atas kpala kc pun tak pa....

Hari nie pulak... dahla pagi tadi turun pi makan kat bawah...dah la lama ...duk sat berapa minit..kluaq pulak.... dalam pkl 11.20 am blk ofis...capai beg...mai habaq kat org tolong cover kaunter...nak blk ambil anak... hari2 sblm nie sapa pi ambil anak DIA tak gaduh nak blk ambil anak pun.....alasan...alasan... dahla hr2 org duk cover keja dia...tp jangan duk habaq kat org DIA keja byk...aku tengok..keja keluaq & makan adala.... Ya Allah manusia2 ada saja alasan....

Yang aku tak leh nk lupa...thn lepas mai ofis...minta blk sat...blk sidai baju...Subhanallah...ada juga org gila macam nie.... tp takpa....DIA, org berani kata blakang ja...klu depan smua senyap...smua tk brani nk teguq..... apa lg naik kpalala.... DIA boleh kata pegawai pun tak pernah teguq aku...hang sapa??????????????? Jgnkan pegawai, kc pun tk brani teguq...yang syok tue kc boleh kata...kesian kat DIA, DIA byk masalah... laki DIA duk jauh.... DIA sorang2 kat sini... DIA ada penyakit...satgi klu DIA mengamuk susah.... takpa mai lambat ka kluaq kerap ka...janji mai ofis..punch card.....!!! dlm ofis nie..ingat DIA sorang saja ada problem..org lain takdak la.... banyak cantik muka hang!!!.... keja mkn gaji buta sajalah....ingat DIA sajalah...boleh mengamuk org lain tak leh......ish..ish..ish...aku rasa klu org lain mengamuk lagi sakan ofis...nie......

Tak tau..Ya Allah, lama manalah aku boleh nak bertahan keja sebumbung dgn orang macam nie....tak larat nak sabaq dah....gred sama ...gaji prasan DIA lebih lagi...tapi keja mcm hampehhhhhh.... asyik duk kena buat keja DIA.... cover DIA...TENSION!!!!TENSION!!!!TENSIIIIIIIIIOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOONNNNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, April 15, 2010

Kain Belang Aduuhhhhhhh..........

Aku sangka aku sorang yg pakai baju baru hari nie...rupa-rupanya dia lagi banyak pasang baju baru..... Pagi berbaju kebaya biru...siap pakai kerongsang besaq lagi tue....Sebelah petang pula berskirt belang pulak....bergaya sungguh dia minggu nie..........kalah kuda belang tue.....



Kain Belang

Kain belang aduh... kain belang
Takla ketat namun agak cungit
Lari tenang aduh... pelan-pelan
Tau-tau bisa sampai terkoyak

Gadis manis aduh... kulit hitam
Hidung mancung abang... berbahaya
Tenang-tenang aduh... menghanyutkan
Tau-tau bisa bikin kejutan

( korus )
Kalaulah pakai kain belang
Pakai baju kenalah pendek
Kalaulah punya kain belang
Lengan baju kenalah kembang

Jangan marah aduh kakak-kakak
Hati-hati pilih pakaian
Jangan pandang remeh pandang ringan
Aku tulis hanya untuk hiburan...

Wednesday, April 14, 2010

Tanggungjawab Isteri & Hak Suami


Dalam sesebuah rumahtangga,isteri juga mempunyai tanggungjawab tertentu yang wajib dipenuhi,antaranya ialah:


  • Isteri mestilah sentiasa mentaati suami mereka dan menjaga maruah suami mereka selama mana suaminya itu tidak menyuruh atau melakukan perkara yang bertentangan dengan agama.Dalam sebuah Hadis yang bermaksud, “Andainya aku ini orang yang menyuruh sesiapa supaya bersujud kepada orang,pasti aku menyuruh isteri itu bersujud kepada suami mereka”.
  • Isteri mestilah memberikan hak suami yang ingin menyetubuhinya pada bila-bila masa sahaja selagi ia dibenarkan oleh syara’,contohnya ketika bersih daripada haid dan nifas.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu.Oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai,dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;dan bertaqwalah kepada Allah SWT serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemui-Nya (pada Hari Akhirat kelak).Dan berilah khabar gembira (wahai Muhammad) kepada orang beriman”- (Surah Al-Baqarah 2:223)
  • Menjaga maruah dirinya baik sewaktu di hadapan suami mahupun semasa ketiadaannya.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:


“…Maka perempuan-perempuan yang salih itu ialah yang taat (kepada Allah SWT dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama,dengan pemeliharaan Allah SWT dan pertolongan-Nya… -(Surah An-Nisa’ 4:34)

  • Menjaga serta membelanjakan segala harta suami dengan jalan yang baik serta dengan keizinannya terlebih dahulu.
  • Tidak boleh keluar rumah tanpa keizinan suaminya.
  • Tidak boleh menceritakan dan mendedahkan kelemahan suaminya kepada orang lain.
  • Mesti bertindak sebagai penghibur hati dan sentiasa melakukan perkara yang mendatangkan kesenangan hati suami mereka.
  • Sentiasa memberikan layanan yang baik kepada suaminya.
  • Sentiasa menghormati dan taat setia pada suami sebagai ketua keluarga.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:


“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan,oleh kerana Allah SWT telah melabihkan orang lelaki(dengan beberapa keistimewaan) atas orang perempuan,dan juga kerana orng lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka…” -(Surah An-Nisa’ 4:34)

  • Islam telah meletakkan landasan yang jelas terhadap sesebuah ikatan perkahwinan,iaitu pembinaannya mestilah di atas asas agama,bukannya nafsu semata-mata.Oleh itu,rumahtangga yang harmoni dan bahagia akan terbentuk melalui rasa tanggungjawab masing-masing dengan sempurna,kerana perkahwinan yang diikat melalui akad perkahwinan bertujuan membentuk peribadi dan mengajak pasangan tersebut supaya berkongsi pendapat,masa,cara hidup untuk sama-sama menunaikan tanggungjawab masing-masing kearah keluarga yang bahagia.
  • Keluarga yang baik dan harmoni akan dapat melahirkan masyarakat yang baik juga,melalui proses pembentukan peribadi dan jiwa anak-anak,yang mana semua itu bermula daripada sebuah keluarga.Masyarakat dan negara tidak akan maju dan tidak sempurna jika ahli keluarga yang mendiami sesebuah negara itu pincang.
  • Justeru itulah,rumahtangga yang aman dan harmoni dapat dicapai melalui kerjasama dan tanggungjawab yang baik sesama mereka,seperti berkasih sayang,sabar,tolak ansur dan wujudnya persefahaman.Untuk mempastikan kerukunan sesebuah rumahtangga dan keluarga,Islam menggariskan peraturan tertentu yang merupakan tanggungjawab suami dan isteri,iaitu:

Tanggungjawab Suami

Suami adalah ketua keluarga.Antara tanggungjawab suami terhadap isteri dan keluarganya,ialah:
  • Wajib memberikan nafkah kepada isterinya selagi ia memberi kesetiaan dan ketaatan.
  • Membayar mas kahwin kepada isterinya.
  • Suami mestilah sentiasa melayan isteri dengan penuh layanan mesra dan kasih sayang.

Sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Berwasiatlah kamu supaya berlaku baik terhadap isteri-isteri.Sesungguhnya kamu mengambil mereka dengan amanah Allah SWT dan kamu menghalalkan persetubuhan dengan mereka dengan kalimah Allah SWT”-(riwayat At-Tirmidzi)


Sabda Nabi yang lain:

“Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik budi pekertinya dan lemah lembut terhadap isterinya”-(riwayat Abu Daud)
Dalam keadaan lain,Al-Quran juga sentiasa menyarankan suami supaya berbuat baik dengan isteri mereka.


Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

“…dan bergaullah kamu dengan mereka(isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.Kemudian jika kamu(merasa)benci kepada mereka(disebabkan tingkahlakunya,janganlah kamu terburu-buru menceraikannya);kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu,sedang Allah SWT hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak(untuk kamu)-(Surah An-Nisa’ 4:19)

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib yang bermaksud:

“Rasulullah SAW bersabda:Lelaki yang paling baik ialah yang amat baik terhadap isterinya,dan aku adalah yang paling baik terhadap isteriku.Tidak ada seseorang yang memuliakan wanita,kecuali dia seorang yang mulia.Tidak ada yang menghina wanita,kecuali oarang yang rendah pekertinya”-(riwayat Abu Daud)
  • Suami mestilah memberi bimbingan dan tunjukajar yang baik terhadap isteri mereka dengan didikan agama dan pengajaran yang baik dan bukan menyeksa mereka.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:


“Wahai orang-orang yang beriman!Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya:manusia dan batu (berhala)….-(Surah At-Tahrim 66:6)

  • Memberi layanan yang baik,samada dari segi tingkah laku,perbuatan,tutur kata dan contoh teladan yang baik.
  • Memenuhi nafkah zahir dan keperluan asasi,seperti pendidikan,pakaian,tempat tinggal dan makanan mengikut kadar kemampuan suami.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang disempitkan rezekinya,maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah SWT kepadanya (sekadar yang mampu) ;Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya.(Orang-orang yang dalamkesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah SWT akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan.- (Surah AT-Thalak 65:7)
  • Memenuhi keperluan nafkah batin

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan(jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu,dan janganlah kamu hampiri mereka(untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.Kemudian apabil mereka telah suci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepadakamu.Sesungguhnya Allah SWT mengasihi oarng-orang yang sentiasa menyucikan diri”-(Surah Al-Baqarah 2:222)
  • Menjaga dan memberi perlindungan daripada sebarang ancaman dan bahaya.
  • Berlaku adil terhadap semua isteri jika mereka mempunyai lebih dari seorang isteri.
    Suami mestilah menunaikan tanggungjawabnya dengan memberi nafkah kepada isterinya bergantung kepada keadaan dan keperluannya.Oleh itu Islam tidak menentukan kadartertentu dan tidak ada penentuan yang khusus,ia bergantung kepada pendapatan serta keadaan taraf hidup,kemampuan suami serta menilai keadaan keperluan.
  • Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak termampu oleh suaminya.
  • Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masing-masing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap keluarga.

Letihhh....



Semalam, Ya Allah... letihhhhhhhhh....sangat2 entahlah... lps waktu isyak, lpas bg puteriku makan, mata nie terasa begitu kuyu....asyik nak terpejam saja, klu diletak minyak cap kapak pun tak jadi apa nie.........sambil dodoi anak tidur.....aku pun terlelap skali......

Tiba2 aku rasa diriku dikejut..." Ayg, Ayg, bawa masuk adik tiduq dlm bilik...." aku terpinga2, ku lihat Ya Allah hubbyku dah pulang......dah pukul brapa nie..... terus kubawa msk anak ke dalam bilik.... aku terasa mahu saja ku sambung tidur...tapi hubbyku lapar agaknya...lalu kubingkas bangun...sambil bertanya " Abg nak minum apa?????" dlm keadaan yg mamun2..."Ayg buatlah apa yg mudah..." jawab hubbyku.. Bihun yg aku beli petang tadi masih ada, lalu kuberikan pada hubbyku dgn satu mug kopi radix... Sambil teman hubbyku makan depan tv,Ya Allah entah bila tah mata ini terlelap...sedar2 dah pkl 6 pagi...bila aku msk bilik nie.....hai aku dah mamun kot....Ya Allah...kesian kt hubbyku tiada sapa yg teman mkn, yg teman pun lena...huuhuhuhuhuuuuuuuuu




p/s : Abg sory...ayg terlena smlm, kesian kt Abg, mkn sorang2...sory na...luv u ...muaaaaahhhhhhhh.... muaaaaaaahhhhhhhh...

Tuesday, April 13, 2010

~~~KISAH LUQMAN AL-HAKIM DENGAN TELATAH MANUSIA~~~


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, ‘Lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus dari orang ramai maka Luqman pun turun dari himarnya itu lalu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di passar itu berkata pula, “Lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik sahaja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terus naik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai pula berkata lagi, “Lihat itu dua orang menaiki seekor himar, adalah sungguh menyiksakan himar itu.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun dari himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam perjalanan mereka kedua beranak itu pulang ke rumah, Luqman Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “Sesungguhnya tiada terlepas seseorang itu dari percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah S.W.T sahaja. Barang siapa mengenal kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangannya dalam tiap-tiap satu.”
Kemudian Luqman Hakim berpesan kepada anaknya, katanya,


“Wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang-orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”

Monday, April 12, 2010

Ya Allah.......

Lemahnya diri ini
Baru sikit Allah menguji
Sudah rebah tak mampu berdiri

Lemahnya diri ini
Baru saja bayu dunia menyapa pipi
Sudah melayang tak sedarkan diri

Lemahnya diri ini
Baru sekelumit keindahan wajah diberi
Sudah mula lupa diri

Lemahnya diri ini
Baru sikit kejayaan diberi
Sudah lupa siapa yang beri

Lemahnya diri ini
Baru sikit buat kebaikan
Riak dan ujub bersorak riang

Lemahnya diri ini
Bila suatu kebajikan dimulakan
Tak berdaya nak teruskan
Tiada istiqamah dalam amalan

Lemahnya diri ini
Baru diuji dengan seorang lelaki/wanita
Iman sudah bisu menyepi
Nafsu pula mengawal diri

Lemahnya diri ini
Jalan dakwah kata nak tempuhi
Baru saja melangkah kaki
Beberapa tapak sudah berhenti

Lemahnya diri ini
Nikmat anugerah Ilahi
Biar sudah tak terhitung lagi
Tapi masih lupa mensyukuri

Lemahnya diri ini
Asyik lagha dengan urusan duniawi
Tak pernah khuatir amalan diterima
Atau dipaling

Lemahnya diri ini
Bagaimana nak sahut seruan jihad?
Baru sikit dilukai
Sudah menangis meratapi

Lemahnya diri ini
Lupa matlamat lupa syari’at
Terkejar-kejar yang tak pasti
Leka dibuai syaitan terlaknat

Lemahnya diri ini
Asyik ketawa tak kering gusi
Lupa menangis mengingat MATI…


Rindu Bloggggg....

Dah beberapa hari aku tk entry blogggg... rinduuu pulak rasanyer... Maunya aku & puteriku Humaira tidak sihat.... selsema dan demam... aku tk mai keja dua hari, mc...Tapi skrg alhamdulillah kami dua beranak dah sihat...dan aku pun dah blh mai keja spt biasa...

Biasalah kehidupan ada pasang surutnya..... adakalanya kita chat adakala kita sakit....tapi yg penting kita tk lupa padaNya....kerana Dia yg Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui... Setiap dugaan yang datang itu adalah ujian buat kita...menguji keimanan kita..sejauh mana kita dapat menghadapinya...hanya pada Allah SWT tempat kita memohon pertolongan..
.

Wednesday, April 7, 2010

Kisah & Teladan

:: Kekuasaan & Keagungan Allah SWT ::


Ada seorang pemuda mempunyai persoalan yang merunsingkan pemikirannya. Jadi dia ambil keputusan untuk bertanya pada tok imam di kampungnya.

Pemuda: Saya ada tiga soalan yang ingin bertanya pada tok imam:
Soalan pertama; Tunjukkan kepada saya bukti kewujudan tuhan itu?
Soalan kedua; Apa yang dimaksudkan dengan takdir?
Soalan ketiga; Syaitan dan neraka diperbuat daripada api, tetapi mengapakah syaitan dicampak ke dalam neraka dan bukannya kedalam air?
Lalu tok imam menampar pemuda tersebut dan berkata.
Tok imam: Tamparan ini untuk menjawab ketiga-tiga soalan tadi, sakit tak tamparan itu?
Pemuda: Tentulah sakit!
Tok imam: Boleh tunjukkan pada saya rasa sakit itu?
Pemuda tersebut terdiam dan itulah jawapan untuk soalan pertama tadi.
Tok imam: Saya nak tanya adakah malam tadi saudara bermimpi saya akan menampar saudara atau telah tahu saya akan menampar saudara?
Pemuda: Tidak!
Jadi, itulah yg dinamakan takdir, soalan kedua sudah pun terjawab
.
Tok imam: Tangan ini diperbuat daripada apa ya?
Pemuda: Tanah!
Tok imam: Jadi tamparan tadi menunjukkan pertembungan antara tanah dan tanah dan itu juga menyakitkan. Jadi, syaitan juga akan berasa kesakitan jika di humban kedalam api.
Terjawab sudah soalan ketiga.

Lalu pemuda itu pulang ke rumah dengan penuh keinsafan.


petikan dr sebuah laman web

p/s : Pengajaran dari kisah ini, jangan mempersoal dan meragui kekuasaan Allah SWT

Tuesday, April 6, 2010

KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH


  • Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

  • ‘BISMILLAH untukmu dan rumahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak BISMILLAH diturunkan kepada Adam. (Hadith Qudsi)

  • Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

  • Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

  • Barangsiapa yang ingin hidup bah agi a dan mati syahid, maka bacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

  • Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir:30) .Ibnu Mas ‘ ud berkata: ‘ Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.‘

  • Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ‘ Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. ‘

  • Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

  • Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

  • Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

  • Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Bz................Bangat.....


Ya Allah bz bangat hr nie......dengan keja yang tak putus2.......printer pun jauh....tp skrg alhamdulillah ada juga cdgan dr rakan sekerja yg srh ubah printer tue dekat dgn aku., brulah rasa senang sikit nak buat keja...sblm ini idak kena jalan pimai - pimai nak print.....skrg keja dh jdi senang printer atas meja aku.....

Lagi pun klu letak kat dpn tue ... dekat dgn org yg tak buat keja buat apa rugi saja, baik letak dekat dgn org yg byk keja...... senang org tue nak print, tk payahla...ulang-alik.....heheheheeheeeeeeeeeee......

Esok tak taula gena..... nanti dia mai dia nak kata apa?????????? Lantakla.... janji keja aku jalan ... mulut org mana boleh nk tutup... mulut tempayan bolehla......:P KEJA! KEJA! KEJA!

Monday, April 5, 2010

SECEBIS KETABAHAN SITI KHADIJAH

" DAN setengah daripada tanda-tanda kebesaran-Nya bahawa Dia ciptakan untuk kamu daripada dirimu sendiri akan isteri-isteri, agar tenteramlah kamu kepadanya. Dan Dia jadikan di antara kamu cinta dan kasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian adalah tanda-tanda bagi kaum yang berfikir. (ar-Rum: 21). "


SITI Khadijah binti Khuwalid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qushai merupakan seorang wanita yang berasal daripada suku kaum Asadiyah, iaitu satu keturunan Quraisy yang amat dihormati dan disegani.

Beliau dilahirkan pada tahun 68 sebelum hijrah iaitu 15 tahun sebelum tahun gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Beliau diasuh dan dibesarkan oleh ibu bapanya dengan penuh kasih sayang serta diberikan tarbiah yang sempurna.

Pendidikan dan tunjuk ajar oleh ibu bapanya diterima dengan patuh dan taat, sehingga beliau tampil sebagai seorang wanita budiman dan berakhlak luhur serta tidak pernah bangga atau sombong dengan taraf kebangsawanannya. Kaumnya memanggil beliau dengan gelaran Al-Tahirah yang bermaksud perempuan suci.

Sebelum berkahwin dengan Rasulullah, beliau pernah berkahwin dua kali, tetapi kedua-dua suaminya telah meninggal dunia. Ketika berkahwin dengan baginda, umur beliau ialah 40 tahun, manakala umur baginda 25 tahun.

Walaupun berbeza usia 15 tahun, tetapi rumah tangga mereka penuh dengan kedamaian dan ketenteraman, aman bahagia dan tidak pernah berselisih faham terhadap sesuatu masalah.

Beliau juga merupakan Ummul Mukmin pertama yang mempunyai keistimewaan-keistimewaan yang tersendiri, berbeza dengan isteri-isteri baginda yang lain. Beliau bukan sahaja wanita yang jelitawan tetapi mempunyai harta kekayaan dan tergolong di antara orang-orang yang ternama di Mekah.

Beliau sangat pandai mentadbir perniagaannya sehingga berjaya sampai ke Yaman dan Syam. Beliau pernah menyerahkan urusan perniagaannya kepada baginda kerana percaya dengan kejujuran baginda. Sehinggalah sampai suatu ketika beliau jatuh cinta dengan kebaikan dan kelembutan Rasulullah, lalu menyatakan hasrat untuk mengahwini baginda.

Beliau hidup bersama Rasulullah selama 24 tahun. Sepanjang menjadi isteri baginda, beliau menjadi suri rumah tangga dan kekal menjadi satu-satunya isteri baginda sehinggalah beliau meninggal dunia. Beliau telah melahirkan enam orang anak sedangkan isteri-isteri baginda yang kemudian tidak seorangpun yang melahirkan anak sepertinya.

Beliau juga menanggung berbagai-bagai penderitaan bersama-sama Rasulullah dalam usaha berdakwah dan menyeru kepada Islam. Ketika dua orang anak lelakinya iaitu Kasim dan Abdullah meninggal dunia, beliau bersama dengan baginda berdukacita menangisi pemergian anak-anaknya itu.

Sudah menjadi kebiasaan Rasulullah untuk pergi ke Gua Hira' kerana ingin bertafakur dan bermunajat kepada Allah seorang diri. Setiap kali baginda ke sana, baginda akan membawa sedikit bekalan yang disediakan oleh isterinya, Siti Khadijah. Apabila makanan sudah habis, baginda turun semula ke Mekah dan tawaf di Kaabah sebanyak tujuh pusingan, kemudian barulah kembali menemui isteri tercinta. Demikianlah yang dilakukan oleh Rasulullah, berulang alik dalam tempoh masa lebih kurang lima tahun di Gua Hira'.

Sungguhpun demikian, Siti Khadijah tidak pernah berasa kecil hati terhadap Rasulullah. Malah, beliau berusaha agar baginda lebih memperoleh ketenangan dalam bermunajat kepada Allah. Oleh yang demikian, apabila Rasulullah pulang ke rumah, beliau tidak pernah bersungut apatah lagi bermasam muka. Beliau melayan suaminya dengan baik, penuh hormat dan kasih sayang.

Begitulah tanggungjawab sebagai seorang isteri yang taat dan setia kepada suami sehinggalah beliau meninggal dunia dalam usia 64 tahun dan enam bulan. Semenjak pemergian Siti Khadijah, Rasulullah sangat sedih dan murung kerana begitu terasa kehilangan seorang kawan, teman, isteri, pembantu dan pembela ketika baginda menjalankan seruan Allah.


p/s : * Sebagai isteri yang solehah, si isteri hendaklah sentiasa menghormati, setia, taat dan patuh kepada suami kerana syurga seorang isteri terletak di bawah tapak kaki suami.

Renungan Kata Pengisian Jiwa...


  • Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup…
  • Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu…

  • Jika kamu menadah air biarlah berpada. Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar memenuhi keperluanmu. Kerana apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang sedangkan jika kamu cuba membaikinya, mungkin ia masih boleh digunakan lagi…

  • Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya, boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya…

  • Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya lagi. Kamu akan menyesal...
  • Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain? Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain. Kamu juga yang akan menyesal……

Friday, April 2, 2010

Selsema


Hari in aku selsema....dengan sakit tekaknya...kepala yang terasa berdenyut2...badan ini terasa begitu lemah , semalam puteriku tidak mahu tidur, Ya Allah... letih dibuatnya... dahla hr nie keja... rasa mcm beratnya hati nak keja...taaapi.... atas mejaku berlambak dengan fail - fail yang perlu kuselesaikan.... Ya Allah tensionnya... dengan surat2 yang berlambak yang perlu aku masukkan ke dalam fail, dengan keja urgent yang perlu aku selesaikan SEGERA!!!!!!!! TENSION!!!!TENSION!!!!TENSION!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


" Ya Allah berikan aku kekuatan pdku menempuh dugaanMu yang kecil ini...Kau tabahkanlah hatiku ini menerima ujianMu ini....Kau sembuhkanlah aku ....Kau berikanlah kesihatan yang sihat kepadaku.....semoga dapat aku jalani pekerjaan harianku seperti sedia kala...Kau memberi penyakit ini Kaulah jua yang menyembuhkannya..... Tawakkaltua'llah....AMIN RABBALA'LAMIN...."

Thursday, April 1, 2010

Renungan " APRIL FOOL "



Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun lamanya di Granada , Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.




Petikan drpd Risalah Fikrah
Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu