Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 19, 2010

:: KaTa - KaTa HiKmAh ::

“Maka barangsiapa telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, memperolehi ia cahaya yang terang-benderang dari Nur Tuhannya.”

Penyair Arab bermadah:
“Sekiranya cintamu itu benar, tentulah kamu mentaati-Nya, kamu mematuhi segala perintahNya, kerana (menurut dasar logical), seseorang itu mentaati orang yang dicintai.”

Kata Amirul Mukminin Ali b. Abi Talib:
“Ambillah daripadaku lima perkara:
*Pertama : Jangan engkau mengharapkan seseorang selain dari Tuhan engkau sendiri.
*Kedua : Jangan engkau takuti sesuatu pun, selain dari kemurkaan Ilahi. *Ketiga : Jangan engkau segan mempelajari yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja.
*Keempat : Hendaklah engkau berani mengatakan; belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya. *Kelima : Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman.

Manusia yang paling bahagia ialah orang yang berilmu, sabar dan memadai apa yang ada (qanaah).


•Saidina Ali – manusia yang paling bahagia ialah orang yang dapat
menunaikan segala tanggungjawabnya.
•Ibrahim An-Nakhai – Kebinasaan orang yang sebelum kamu dengan sebab 3 perkara iaitu banyak cakap, banyak makan dan banyak tidur.
•Malik b. Dinar – Perbaikilah 3 perkara dengan 3 perkara agar kamu termasuk dalam golongan orang yang beriman: sombong dengan tawadhuk, hasad dengan nasihat, bakhil dengan qanaah.


Ada 4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lain lebih baik: •Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik,
•Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik,
•Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik,
•Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah dari orang miskin itu lebih baik.

No comments:

Post a Comment