Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 19, 2010

:: KaTa - KaTa HiKmAh ::

“Maka barangsiapa telah dilapangkan Allah dadanya untuk menerima Islam, memperolehi ia cahaya yang terang-benderang dari Nur Tuhannya.”

Penyair Arab bermadah:
“Sekiranya cintamu itu benar, tentulah kamu mentaati-Nya, kamu mematuhi segala perintahNya, kerana (menurut dasar logical), seseorang itu mentaati orang yang dicintai.”

Kata Amirul Mukminin Ali b. Abi Talib:
“Ambillah daripadaku lima perkara:
*Pertama : Jangan engkau mengharapkan seseorang selain dari Tuhan engkau sendiri.
*Kedua : Jangan engkau takuti sesuatu pun, selain dari kemurkaan Ilahi. *Ketiga : Jangan engkau segan mempelajari yang belum diketahui, walaupun dari sesiapa sahaja.
*Keempat : Hendaklah engkau berani mengatakan; belum mengetahui apa yang sebenarnya engkau belum mengetahuinya. *Kelima : Hendaklah engkau sentiasa berlaku sabar, kerana sabar itu kepala iman.

Manusia yang paling bahagia ialah orang yang berilmu, sabar dan memadai apa yang ada (qanaah).


•Saidina Ali – manusia yang paling bahagia ialah orang yang dapat
menunaikan segala tanggungjawabnya.
•Ibrahim An-Nakhai – Kebinasaan orang yang sebelum kamu dengan sebab 3 perkara iaitu banyak cakap, banyak makan dan banyak tidur.
•Malik b. Dinar – Perbaikilah 3 perkara dengan 3 perkara agar kamu termasuk dalam golongan orang yang beriman: sombong dengan tawadhuk, hasad dengan nasihat, bakhil dengan qanaah.


Ada 4 perkara yang baik tetapi 4 perkara yang lain lebih baik: •Malu bagi lelaki itu baik tetapi malu bagi wanita itu lebih baik,
•Adil bagi setiap orang itu baik tetapi adil bagi pemimpin itu lebih baik,
•Taubat bagi orang tua itu baik tetapi taubat dari orang muda itu lebih baik,
•Pemurah bagi orang kaya itu baik tetapi pemurah dari orang miskin itu lebih baik.

Thursday, February 18, 2010

Usiaku genap 27 tahun - 12.02.2010...(",)('<),....

Hai dah lama ku tak menjengah ke dalam blogku ini....bukan apa lama bercuti...nak tulis blog pun tak sempat...aktiviti harian fulll....:))))


12.02.2010 - Jumaat bersamaan 27 Safar 1431 Hijrah




' Hepi Busday To Me, Hepi Busday To Me, Hepi Busday to Me....'

" Ya Allah, cepat masa berlalu...tup...tup...12.02.2010... Usiaku dah semakin hampir 30 tahun.... dah genap 27 tahun... dan 27 tahunlah juga aku menghirup udara segar di bumiMu ini Ya Allah.. Ya Allah, ku tadahkan tanganku ini mengucap sejuta kesyukuran atas rahmat yang tak terhingga daripadaMU....yang telah Kau beri padaku...Ya Rahman Ya Rahim..
Ya Allah, Kau pemurahkanlah rezekiku, kau panjangkan usiaku untuk aku beribadat padaMu untuk bekalan di akhirat kelak, Kau sihatkanlah tubuhku ini untuk aku melaksanakan tugas duniawi ku ini, Kau sentiasalah beri petunjuk kepadaku supaya aku sentiasa hidup dalam keredhaaMU...dan Kau sentiasa dekatkan jiwaku dan diriku ini denganMu Ya Allah...Amin Ya Rabball'lamin.."

Wednesday, February 10, 2010

Epi Anniversary


Ya Allah, pejam celik pejam celik....dah genap lima tahun aku mendirikan rumahtangga...Epi Anniversary Abang....smoga bahtera yang kita bina ini akan terus belayar buat selama - lamanya.....Insya-Allah...

Abang...masihku ingat pada tanggal 10.02.2005 yang lalu., aku telah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz....tak terungkap dengan kata-kata perasaanku sewaktu itu...hanya Allah yang lebih mengetahui...terlalu GEMBIRA dan bercampur sedih...gembira kerana telah menjadi isteri kepada lelaki yang amat kucintai....Hazlisajunaidi Mohd Isa....setelah hampir 4 tahun perkenalan aku dengannya barulah kami sah diijabkabulkan....Alhamdulillah...

Setelah hampir 1 tahun lebih kami melayari bahtera, kami telah dikurniakan seorang puteri...yang amat kunanti- nantikan selama ini....kuberikan nama NURHUMAIRA ATIQAH Dilahirkan pada 08.11.2006 pada hari Rabu pada pukul 6.51 petang di Hospital Besar Kangar, hanya seberat 700 gram...usia kandunganku pada waktu itu baru memasuki usia 7 bulan....tapi puteriku mahu melihat dunia lebih awal.....dia ditempatkan di NICU selama lebih kurang 3 bulan....alhamdulillah kini usianya dah mencecah 4 tahun dan beratnya sudah 14 kg.....

puteriku - Humaira

" Ya Allah...Aku bersyukur atas rahmat yang telah Kau berikan padaku dan keluargaku ini,Kau peliharalah rumahtanggaku ini dari sebarang musibah atau kecelakaan, Kau berilah petunjuk dan hidayah kepada kami smoga masjid yang kami bina atas hubungan yang halal ini sentiasa dalam keredhaan-Mu dan ya Allah Kau dekatkan hati kami dgn-Mu..smoga kami tergolong dalam hamba yang sentiasa mendekati-Mu dan sentiasa mentaati-Mu"
AMIN YA RABBALLA'LAMIN

Tuesday, February 9, 2010

Kata - Kata CiNTa.....


** Cinta adalah santapan jiwa. Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong. Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali

** Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi dari keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain

** Cinta seperti matahari, ia tetap bercahaya. Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya

** Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali.
Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari.
Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

** Cinta umpama ‘treasure hunt’. Cita-cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan dikebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa.Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi

** Cinta suatu yang indah, cinta boleh buat kita gundah, cinta buat hati berdarah dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah

** Sayang tidak bermaksud cinta. Suka tidak serasi dengan cinta.
Kagum tidak bererti cinta. Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Salam Ukhwah.......


Salam......
Inilah buat pertama kali aku menulis blog...itupun atas desakan kawan2,
bukan apa hanya untuk mencurah kata dan perasaan...dan mengisi masa lapang selain drpd menulis diari....