Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 31, 2010

Kisah Cinta...


Suamiku adalah seorang jurutera, aku menyintai sifatnya yang semulajadi dan menyukai perasaan hangat yang muncul dihatiku ketika bersandar dibahunya.
3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, aku harus akui, bahawa aku mulai merasa letih…lelah, alasan-alasannya menyintaiku dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan.Aku seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta berperasaan halus.Aku merindui saat-saat romantis seperti seorang anak kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua itu tidak pernah aku perolehi. Suamiku jauh berbeza dari yang saya harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah mematahkan semua harapanku terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, aku memberanikan diri untuk mengatakan keputusanku kepadanya, bahawa aku inginkan penceraian.
“Mengapa?”Dia bertanya dengan nada terkejut
.
“Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya inginkan.”
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaanku semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh aku harapkan daripadanya? Dan akhirnya dia bertanya. “Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?” Aku merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan. “Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk Siti?” Dia termenung dan akhirnya berkata, “Abang akan memberikan jawapannya esok.”

Hatiku terus gundah mendengar responnya itu.
Keesokan paginya, dia tiada di rumah, dan aku menemui selembar kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu hangat yang bertuliskan…
Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan Abang untuk menjelaskan alasannya. Kalimah pertama itu menghancurkan hatiku. Namun, aku masih terus ingin membacanya.
*****“Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut.”
*****“Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka pintu untuk Siti ketika pulang.”

*****“Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah.”
*****“Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu ‘teman baik’ Siti datang setiap bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan mengurut kaki Siti yang sengal itu.”
*****“Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan menjadi ‘pelik’. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami.”
*****“Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu.”
*****“Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai, menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu.”
“Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati. Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi kematian Abang.”
“Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih daripada Abang mencintai Siti.”
“Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki, mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti.”
Airmataku mengalir jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tulisannya menjadi kabur, tetapi aku tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.
“Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti.” “Tetapi, jika Siti tidak puas hati, sayangku…biarkan Abang masuk untuk mengemaskan barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu. Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia.” Aku terpegun. Segera mataku memandang pintu yang tertutup rapat. Lalu aku segera berlari membuka pintu dan terlihat sepasang mata yang penuh dengan harapan berdiri di depan pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti kesukaanku.

Ya Allah! Kiniku tahu, tidak ada orang yang pernah menyintaiku lebih dari dia menyintai diriku. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak dapat memberikan cinta dalam ‘kewujudan’ yang kita inginkan, maka cinta itu telah hadir dalam ‘kewujudan’ yang tidak pernah kita bayangkan sebelum ini.

Tuesday, March 30, 2010

Lagu Hindustan - Mohabbatein...


Humko HumseChora Lo

Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo.
Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo.
Hum akele, kho na jaayen,
Door tumse, ho na jaayen,
Paas aao gale se laga lo
Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo.
Hum akele, kho na jaayen,
Door tumse, ho na jaayen,
Paas aao gale se laga lo.
Humko humise chura lo
Dil mein kahin tum chupa lo.

Ye dil dhadka do, zulfein bikhra do,
Sharma ke apna aanchal lehra do.
Hum zulfein to bikhra dein, din mein raat na ho jaaye,
Hum aanchal to lehra dein, par barsaat na ho jaaye
Hone do barsaatein, karni hain kuch baatein.
Paas aao gale se laga lo.
Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo
Hum akele, kho na jaayen,
Door tumse, ho na jaayen,
Paas aao gale se laga lo
Humko humise chura lo
Dil mein kahin tum chupa lo

Tumpe marte hain, hum mar jayenge,
Ye sab kahte hain, hum kar jayenge.
Chutki bhar sindoor se tum ab ye maang zara bhar do,
Kal kya ho kisne dekha sab kuch aaj abhi kar do.
Ho na ho sab raazi, dil raazi rab raazi
Paas aao gale se laga lo.
Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo.
Humko humise chura lo,
Dil mein kahin tum chupa lo.
Hum akele, kho na jaayen,
Door tumse, ho na jaayen,
Paas aao gale se laga lo.
Paas aao gale se laga lo.

Puteriku...


Kelmarin aku tak dtg keja puteriku kurang sihat batuk, selsema dan demam.. Tak putus2 aku bacakan doa supaya Allah sembuhkankan penyakitnya...tak tidur aku dibuatnya...nak tidur risau takut2 anakku demam sangat, takut dia sesak nafas.....maklumlah dia batuk..kahak tue tak keluar....Ya Allah minta dijauhkan....Tapi nasib baiklah dia mau makan ubat, klu tak susah....

Malam kelmarin, kesian dgnnya, aku gerak pkl 5.00 pagi bangun mkn ubat...bangunlah dalam keadaan yang mamai2...mkn ubat kesian....alhamdulillah lah dia mau mkn ubt sebelum nie klu dia demam jgn haraplah nak makan .....

Penah skali klu tak silap aku waktu tue umurnya br menjangkau 8 bulan kot...dia demam aku suapkan ubt...dia tk mau, aku suap juga ...dia menangis sampai tersedak ubat...smpai tak boleh nafaslah....Ya Allah masa tue aku rasa macm nak pengsan....lps2 tue..klu dia demam panas sangat aku ambil ubat sumbat punggung saja.....tp skrg alhamdulillah ubat pun dia mau makan jd demam pun taklah berlarutan....ubat tue pun satu ikhtiar jugak kan???? Tp apa2 pun kuasa ditangan Allah, Dia yg berikan penyakit Dia jugalah yang menyembuhnya kembali.....kita hanya mampu berdoa....tawakkaltua'lallah...

Semalam, alhamdulillah puteriku dah beransur sihat, dah tk demam, batuk pun semakin kurang.....hr nie aku dpt dtg keja seperti sedia kala.....syukran Ya Allah....

Friday, March 26, 2010

Alhamdulillah...


Ya Allah aku bersyukur atas rahmat yang sentiasa Engkau berikan padaku......alhamdulillah...sepuluh jariku ini ku tadah tanda syukurku kepadaMu Ya Rahman Ya Rahim...

Walaupun gaji bln ini agak lambat, tp alhamdulillah..akhirnya dapat juga berjimat smpai kelmarin...syukurlah juga kerana aku mempunyai seorang hubby yang mengambil berat hal rumah tangga, segala perbelanjaan rumah dan anak ditanggungnya, aku cuma tambah sikit2 apa2 yang patut, SUAMIKU, mungkin pilihanku ini tepat, dah ditentukan dialah insan yang terbaik buat diriku, walaupun dulu ku pernah menolak cintanya...tp Allah itu Maha Besar..apa yang Dia kehendaki akan terjadi...akhirnya aku kecundang juga pada cintanya...aku tak pernah menyesali apa yang terjadi dalam hidupku..

Tatkala aku menerima dirinya...Ya Allah, aku juga cuba untuk menyintainya sepenuh hati kerana ku tahu dia terlalu menyintaiku...malah aku rasa seperti seorang pemaisuri, dia mengikut semua karenahku, dia banyak bersabar dengan setiap perangaiku walaupun kadang2 aku menguris hatinya smpai mengalir air matanya...mungkin inilah dinamakan cinta sejati...dan setelah aku dimilikinya...aku rasa aku tak sanggup kehilanganya.....Abg.. I Luv U Forever n Ever....

Memang apa yang telah Engkau letakkan padaku itu dialah jodohku...syukran Ya Allah.....tambahan pulak kini aku telah dikurniakan dengan seorang puteri yang sangat comel...Nurhumaira Atiqah ...aku rasa kehidupan telah lengkap dan sempurna....aku bahagia....

......@ CiRi - CiRi WaNiTa SyUrGa @....


1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, Malaikat-Malaikat-Nya, Kitab-Kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mauhupun yang buruk.

3. Bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, bersaksi bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan pergi haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahwa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakkal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya, dan bersabar atas segala takdir-takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan olehNya.

6. Gemar membaca Al Qur’an dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika bersendirian atau bersama -sama orang dan berdoa kepada Allah semata-mata.


7. Menghidupkan amar ma’ruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap hewan ternak yang dia miliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Berinfak, baik ketika lapang mauhupun dalam keadaan sempit, menahan amarah dan memaafkan manusia.

11. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

12. Menjaga lisannya dari perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua orang tuanya.

15. Menyambung silaturrahmi dengan kaum kerabatnya, sahabat terdekat dan jauh.

Belenggu Cinta


Mengepas sayap kebebasan
Melepas secuit luka penderitaan
Buka mata menatap ke depan
Meraih mimpi bersama harapan

Mencuba meninggalkan beban
Melepas cinta tanpa harapan
Sendu membelenggu kalbu
Memaksaku untuk menyapu

Hidup tak hanya diam
Waktu terus berjalan
Waktu terus berpacu
Segenap kepastian telah lama menunggu

Ku berlari......
Melepaskan belenggu ini.....
Bukan ku tak percaya pada cinta.......
Tapi semua atas kehendakNya..........

Thursday, March 25, 2010

WP3 -> WP1


Bermula kelmarin aku dah tukar waktu anjalku datang kerja...dari WP3 ke WP1...sbb my hubby dah start msk keja awal...kesian pulak kt dia kena tunggu aku lama kat bawah tue, kadang2 smpai terlena..kecian...huhuhuuuuuu....sbb tuelah yg aku tukaq...lgpun WP3 dah ramai orang, WP1 cuma ada dua org saja...takpa...belajaq mai awal...org kata pagi2 nie PINTU REZEKI TERBUKA LUAS, waktu pagi jugalah Allah SEDANG MEMBAHAGI - BAHAGIKAN REZEKI...mudah2han rezeki yang dibahagikan itu milik aku ...amin..


Taaaaaaaa.....pi nampaknya mcm ada orang yg agak tak puas hati..ikutla apa org nak kata janji mai keja..buat keja!!!!! Klu mai saja tak buat keja gena????? Klu mai keja pun klu asyik duk hilang pun tak guna juga...la nie senang masing2 jaga periuk nasi sendiri...

Wednesday, March 24, 2010

~~~Puisi Cinta~~~



Cinta itu ibarat anak panah
Sekali ia terlepas ia akan menancap di mana saja
Tidak tanganmu atau tanganku yang mampu mematahkannya
Dia akan tetap di sana, dan waktu tak membuatnya berkarat

Kadang cinta tak sepaham dengan logika
Memilih waktu dan orang yang tepat untuk jatuh cinta
Kata orang cinta itu tidak mempunyai mata
Tetapi semua orang mempunyai mata

Bersama dengan dirimu
Akan kualami rasa bahagia
Walaupun pasti lebih banyak rasa pahitnya

Memang cinta tak bermata
Hebatnya cinta bisa butakan siapa saja
Cinta memang tak peduli rasa
Semuanya bisa jatuh cinta.....

~~~Manusia...

Mengapalah ada orang sebegini rupa.... Smpai tidak tahu erti tanggungjawab...dahla mai keja lewat buat dooo no aja...buat muka tak bersalah...punch card dahla pkl 9.00 kadang2 tue smpai pkl 11.00 am..alasannya rumah jauh...rumah jauh pun klu kita ada rasa tanggungjawab kita dgn keja kita bangun awal, siap mai keja awal..ini idak ikut waktu mana nak bangun...Masya-Allah..dahla mai lewat turun pi mkn plak..entahla waktu bila nak buat keja..dalam seminggu tue hanya satu dau hari sajala dia mai... ......ish ish ada jugala orang mcm nie..tp tkpa bos tak kata apa.....Dulu mula2 mai ya Allah tengok muka mcm pijak semut pun tk mati...la nie dah semakin tunjuk belang....la nie prasan pijak gajah pun mati...mcm hampehhhh....sebab itulah orang naikkan pangkatnya...srh dia tukar jabatan lain..org dh tau prangainya...Ya Allah apa dosa dia d masa lampau...tp tentang bab agama pandai pulak kata, hak nu boleh hak nie tak boleh...bab2 nak menikah banyak sukala...tp diri sendiri sebenarnya...kerja tue satu tanggungjawab kita...klu kita tk ada rasa tanggungjawab,lps tue tak buat keja yang diamanahkan, halalkah gaji yang kita makan tue.......Ya Allah, minta dijauhkan......na'zubillah...

Hari Nie Mai Keja Awal Jugak....7.28 am


Smlm...aku tk leh tiduq....ya Allah panas sangat dahla tue binatang apa tah banyak sangat, kt dapur pun penuh,smpai makan nasi dalm bilik, .....last2 skli aku bangun 5.15 am... Kemas apa yang patut, seterika bj hubby, bj aku, msk yg simple2 bg humaira bawa bekal, bancuh susu humaira....mandi...

Siap..siap..jam dah pkl 6.30...ambil barang-barang humaira masuk keta...terus bertolak...pi punch card hubby dulu....lps tue pi htr humaira umah mak...terus mai htr aku kat ofis....danla punch card pkl 7.28 am....heheheeeeeee masuk awal hr nie...blh la blk pkl 4.30 hr nie.....yes...

Tuesday, March 23, 2010

Sakit KepalaKu..

inilah layout yg aku nk buat

Aduhhhhhh....sakit kepala la pulak hari nie, maunya tidak asyik duk belek komputer ja..nak tukaq layout blog nie.....pening...pening...tp layout yg aku pilih tue tk kluaq2....smpai tk pi lunch la...bekerja keras nk buat layout blog..bg yang tercantik...heheheheeeeeee....rehatla sat....

Monday, March 22, 2010

6ixth Sense
Tanpa

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
Meski
Pagi itu menatapi
Akan sunyi tanpamu
Menemani aku sepi
Chorus :
* Tanpa..
Cintamu aku resah
Tanpa..
Kasihmu aku hampa
Tanpa..
Dirimu aku mati
hohoo…
(ulang chorus x2)

Kini benar-benarku rasakan
Dalam benuk hatiku tanpamu
Ku tak mengerti
Takut
Takut jauh dari dirimu
Kan kau tinggalkan aku sendiri
Tanpamu ku mati
hohoo…

Resah yang ku
Ubah dalam kata
Melukiskan kesunyian
Tanpa engkau aku tak mengerti
(ulang chorus x2)

DOSA YANG LEBIH BESAR DARIPADA BERZINA





"Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungannya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan - lahan sambil mengucapkan uluk salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" tanya Nabi Musa a.s. terkejut."Saya takut mengatakannya."jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun terpatah bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat,hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir,langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan bejad, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia terantuk-antuk keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan.Ia tak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Bahkan ia tak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Ia tidak tahu bahwa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya,"Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?" "! Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa kian penasaran."Orang yang meninggalkan solat dengan
sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusuk untuk memohonkan ampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahwa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya.Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.Sedang orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh- sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahwa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Qur'an, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka'bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahwa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari diakhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia."

Keja Dah Berlambak...huhuhuuuu


Haiiiiiiii......br smpai..tengok atas meja dah berlambak keja....tue pun tak smpai separuh hari lagi...keje!keja!keja!...tension!tension!tension!....nak buat gena keja dgn org...huhuhuhuuuu..keja makan gaji al maklumlah...

Sabaq! sabaq! Sabar itukan separuh daripada iman....(",)...

Friday, March 19, 2010

Datang Keja Awal

Hari nie aku datang keja awal, my hubby masuk pkl 7.00 am, jadi terpaksalah aku pun masuk keja awal....ngantuk giler...bangun pkl 5.15 am, bertolak dr umah pkl 6.30 am....kesian kt humaira masih nyeyak tidur terpaksa aku angkat ke dalam kereta... sambung tidur kt umah mak...kecian..

Smpai ofis depa buat heran, awat mai awal??? mimpi ka??? takpa mai awal boleh blk awal kan??? buat ofis mcm pak aku punya...hehehheheeeeee....

Takpala...hr nie aku nk blk awal ada kenduri kawen sepupu hubby....

Rossa - Ayat Ayat Cinta


Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku di antara cinta yang rumit
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

reff:
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan
repeat reff

Ketika ku bersujud

Thursday, March 18, 2010

:: SINAR CAHAYA AYAT AL-KURSI ::


Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehingga Baginda mendengar jawapan salam
daripada isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap solat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"Utamakan SELAMAT dan SIHAT untuk Dunia-mu, utamakan SOLAT dan ZAKAT
untuk Akhirat-mu"

Subhanallah. ..

Wednesday, March 17, 2010

Seronoknya Minggu Nie.....))>



Syoknya minggu nie...pegawai aku cuti...seminggu tue...lega rasa. Klu tidak bertimbun fail atas meja nie...tak cukup tangan...bolehla aku rehat sambil layan fb dan blog..tue yang boleh entry blog hari2 minggu nie...takpala...curi tulang sikit...janji keja beres...
Keja tue ada., cuma tak banyak, sikit...bolehla rest2.
fuhhh...lega...

Mengantuknya....zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz......

*****Ya Allah..mengantuknya.. asyik menguap saja nie..Semalam basuh kain pukul 12.00 tunggu mesin putar habis adala dalam pukul 12.40 huh..huh..jemur kain lagi...letih...letih...Sbelum tue gi rumah sepupu hubby tengok wife dia bersalin, dalam pukul 11.00 la juga blk rumah...kemas yang itu, yang ini,dah nak masuk pkl 12.00 br teringat..Ya Allah kain dah penuh raga.....kena basuh....
*****Pukul 4.00 pagi, puteriku humaira pula buat perangai...jarang jaga waktu tue minta susu, dalam keadaan mamun2 aku pun pi buat..rasa mata nie pedih sangat...aku rasa mcm sat saja...jam pukul 6.00 dah berbunyi.....malasnya nk bangun....kugagahi juga...ion bj hubby...bj aku...siap...mandi...pakai baju...
Humaira buat perangai, asyik bunyi saja, la rupanya dia berak...kelam kabut dibuatnya.."Cepat adik, jom kita pi basuh, abah kena msk keja awal" kesian anakku dalam keadaan separuh tidur aku bawa ke bilik air...salin pampers...selesai...Ya Allah rasa mcm penyamun pula pagi2 nie...terkejar ke sana terkejar ke sini...penat...penat...

Tuesday, March 16, 2010

Anak Itu Kupu Kupu Syurga


Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak - anak anda boleh digelar kanak - kanak atau kupu - kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu adalah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk orang ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak - kanak.

Barangsiapa yang keluar ke pekan muslim dan membeli barang - barang dan kembali ke rumah dengan membawa buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak akan diseksa di akhirat kelak.

Muliakan anak - anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap - tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah - olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Seorang lelaki bertanya;" Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti ?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibubapamu"
Kata lelaki itu lagi; "Ibubapaku sudah tiada lagi"
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu"