Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

" Ya Allah kuatkanlah iman kami, satukan saf - saf kami, dan kumpulkan hati -hati kami di atas kecintaan kepadaMu, Ya Allah Ya Karim. Kasihanilah kami Ya Allah, Kasihanilah kami Ya Rahim, Mudahkan urusan kami dan luaskan rezeki kami, dengan rahmatmu Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani. "
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 29, 2012

~~~ EPAL HIJAU ~~~

Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.

Epal hijau boleh membantu mencegah:

• Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
• Mengurangkan risiko penyakit jantung.
• Membantu kesihatan membran paru-paru.
• Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
• Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
• Membantu mengekalkan berat badan.
• Mengurangkan tekanan penyakit asma.
• Mengurangkan risiko barah.

Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.




Wednesday, February 15, 2012

~~~ 10 Fakta Menarik Tentang Bayi~~~


Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir....

* Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

* Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

* Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.*Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

* Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

* Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

* Bayi dilahirkan tanpa lutut.* Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

* Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.

Tuesday, February 14, 2012

Mula berblog lagi....2012

Salam....

Agak lama aku tak bermadah di sini....al maklumlah cuti bersalin...dan hari ini merupakan hari kedua aku masuk bekerja semula...alhamdulillah aku slamat melahirkan seorang putera seberat 2.3 kg pada tanggal 14.11.2011 hari Isnin, jam 11.04 malam. Walaupun sakitnya masih terasa sampai saat ini...tapi bila melihat wajah putera kesayanganku membesar di depan mata....hilang semuanya....kini puteraku berusia 3 bulan dan mungkin beratnya dah bertambah lebih dr 5 kg...sbb berat 5 kg tue semasa usianya 2 bulan..

Tuesday, November 1, 2011

~~KEMULIAAN IBU MENGANDUNG~~



1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.…

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. …

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hambaNYA. Firman ALLAH s.w.t. : ” Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi ALLAH ada pahala yang besar.? ” (Al-Quran Surah At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, ianya akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda :“Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.? Berkata para sahabat : Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak. Lalu Rasulullah SAW berkata Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.(Maksud Al-Hadith )

Monday, October 31, 2011

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah


1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.

3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.

4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.

5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.

6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.

7-Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.

8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.

9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.

10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Tuesday, October 18, 2011

My pregnancy : 33 weeks

How my baby's growing:

This week my baby weighs a little over 4 pounds (heft a pineapple) and has passed the 17-inch mark. He's rapidly losing that wrinkled, alien look and his skeleton is hardening. The bones in his skull aren't fused together, which allows them to move and slightly overlap, thus making it easier for him to fit through the birth canal. (The pressure on the head during birth is so intense that many babies are born with a conehead-like appearance.) These bones don't entirely fuse until early adulthood, so they can grow as his brain and other tissue expands during infancy and childhood.

~~~LOKIA~~~


LOKIA (PENDARAHAN POSNATUM)

Apa itu lokia?

Setiap wanita mengeluarkan darah selepas melahirkan bayi. Ini akan terjadi samada anda melahirkan bayi melalui vagina atau pembedahan caesarean. Ia dikenali sebagai lokia, dan merupakan cara badan anda mengeluarkan lapisan rahim selepas kelahiran. Ia boleh keluar secara pancutan kecil atau mengalir dengan lebih rata seperti haid biasa.

Darah yang meleleh akan bertukar warna dan mengurang setelah pemulihan berjalan dan rahim mengecut. Pada mulanya, aliran lokia adalah merah terang, dan mungkin mengandungi darah beku. Dengan perlahan-lahan, ia akan bertukar menjadi merah jambu, kemudian warna coklat dan akhirnya, putih kuning.

Anda mungkin berdarah bagi tempoh sependek dua atau tiga minggu atau sepanjang enam minggu selepas bersalin. Aliran akan berkurangan dengan perlahan-lahan. Lokia merah seharusnya tidak berlanjutan lebih dari dua minggu, walau bagaimanapun jika anda terlalu aktif, ia boleh datang semula. Jika anda perhatikan lelehan darah merah terang, itu petanda supaya mengurangkan aktiviti.

Adakah saya perlu berbuat sesuatu tentang ini?

Sebenarnya tidak. Pastikan anda mempunyai bekalan tuala wanita materniti yang mencukupi sebelum kelahiran bayi. Dua atau tiga bungkus memadai.

Pada mulanya, anda mungkin perlu menukar pad setiap jam atau dua jam, kemudian setiap tiga atau empat jam pada hari-hari dan minggu-minggu yang akan datang. Pastikan anda mencuci tangan sebelum dan selepas menukar pad.

Anda mungkin juga ada luka di antara vagina dan anus (perineum). Anda perlu mengekalkan kebersihan bahagian badan ini untuk menghalang sebarang jangkitan. Mandi sekurang-kurangnya satu kali sehari dan tukar pad dengan kerap.

Ada ibu-ibu yang suka menambah garam ke dalam air mandian, tetapi luka anda akan sembuh juga jika anda hanya menggunakan air bersih sahaja.

Bilakah saya harus hubungi doktor?

Hubungilah doktor jika anda mendapati simptom-simptom berikut, kerana ia mungkin petanda infeksi:

* Lokia anda berbau busuk.

* Anda menghidapi demam panas dan/atau menggigil.

* Lokia tetap berat dan merah terang selepas minggu pertama;

* Perut anda terasa sakit di bahagian bawah sebelah kiri atau kanan.

Kadang-kala, pendarahan lebih berat dari biasa boleh berlaku 24 jam hingga enam minggu selepas bersalin. Ini dikenali sebagai pendarahan posnatum sekunder. Umumnya, kurang dari satu per 100 ibu baru menghidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh infeksi atau secebis plasenta tertinggal dalam uterus anda.

Segera ke hospital jika:

* pendarahan tiba-tiba menjadi berat, membasahi lebih dari satu tuala dalam sejam;

* pendarahan kembali kepada merah terang empat hari atau lebih selepas kelahiran dan tidak reda walaupun berehat di katil;

* lelehan mengandungi ketulan darah yang besar (lebih besar dari syiling 50 sen);* anda mula terasa pening;

* denyutan jantung anda mula terpecut atau menjadi tidak teratur.

Apabila anda mendapat rawatan yang betul untuk pendarahan posnatum sekunder, anda akan pulih. Anda boleh mengambil antibiotik atau menjalani pembedahan untuk mengeluarkan cebisan plasenta itu.

Friday, October 14, 2011

~~Peranan Si Suami Ketika Isteri Mengandung~~



Perkara yang harus diketahui oleh suami ketika isteri mengandung. Adalah menjadi impian setiap wanita untuk memiliki suami yang dapat memahami mereka semasa mengandung. Hal ini kerana pada waktu ini, keadaan mereka tidak stabil dan memerlukan bantuan daripada orang lain terutamanya daripada suami. Tetapi mungkin ramai lagi suami yang di luar sana masih tidak lagi memahami situasi ini. Apakah perkara yang perlu dilakukan suami semasa isteri mereka mengandung?

(1) Luangkan masa bersama isteri- Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

(2) Membantu pemakanan isteri- Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

(3) Perlahan-Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

(4) Tidak perlu bertanya, terus lakukan- Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

(5) Belajar- Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

(6) Membantu menyiapkan hidangan makan- Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

(7) Membantu menjaga anak yang lain- Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

(8) Membawa isteri ke mana sahaja- Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

(9) Pinjamkan tangan anda pada isteri- Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

Wednesday, October 5, 2011

Mengapa Wanita Sering Menangis....???

Ya Allah mengapa wanita sering menangis??? JawabNya : Kerana wanita itu unik. Aku ciptakannya sebagai makhluk yang istimewa, Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak - anak, Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman, Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia, Aku teguhkan peribadinya untuk teruskan berjuang pada saat yang lain menyerah, Aku berikannya naluri untuk mencintai anak - anak dalam apa jua keadaan sekali pun, Aku kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh "orang" yang dia sayangi....Wanita makhluk kuat, Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana Aku berikannya air mata untuk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru. " WANITA itu ISTIMEWA " By Informasi Dot My

Friday, August 12, 2011

Dah hampir setahun....



Bismillahirahmanirahim......

Dah hampir setahun aku tak menjenguk ke blogku ini....malas agaknya...Kini aku telah mengandung buat kali kedua...pada mulanya adala sikit2 alahan tetapi sekarang alhamdulillah semuanya dah stabil...usia kandunganku dah masuk enam bulan....tinggal lebih kurang 3 bulan lebih lagi untuk bersalin....entahlah apa jantina anakku ini...itu tak penting....lelaki atau perempuan, yang penting sihat dan aku selamat melahirkannya kelak....

Alhamdulillah...hari ini dah masuk hari ke-12 kita berpuasa, setakat sekarang puasaku masih penuh...biasala kadang2 tue adala sikit2 loya dan rasa nak muntah.....moga2 tahun nie aku dapat berpuasa penuh sebulan....

Wednesday, December 22, 2010

Salam....

Agak lama ku tak menjengah masuk ke blog ini hampir 4 bulan....rindu bangat....tapi tuela sblm nie mood tak dak...tue yg jadi malas nak membukanya.... tak tahu apa yang hendak dicoretkan..
Mungkin dlam sehari dua lagi aku akan mula mencoret kembali....

Friday, August 20, 2010

KemalasaN...

Ya Allah, malasnya hr nie... malas nak buat keja mcm tak nak masuk aja petang nie...tapi keja berlambak atas meja... nak kena di bereskan..
Dalam duk malas2 nie...terfikir juga nak masak apa petang nie... teringat klu buat masak manis mentarang dgn buah gajus sodappp...nie.... senang ja nak buat....ini resepinya...


Sayur Manis Mentarang Gajus Mahligai Cinta

Bahan - bahan :
Siput mentarang - sekilo - dikopek
Buah gajus - dipotong
Bawang merah dan bawang besar
Belacan
Serai - ditumbuk
Air
Garam & Gula secukup rasa

Cara Memasak :
1. Masak air setengah periuk, letak sekali bawang merah, belacan dan serai sampai mendidih.
2. Selepas itu masukkan siput mentarang yang siap dikopek, garam dan gula.
3. Kemudian, masukkan buah gajus, sampai mendidih.
4. Siap untuk dihidang.


Mudahkan resepi di atas...sedap nie manis... selamat mencuba...